Wednesday, February 29, 2012

29th February : The Last day on February

Salam,

So apa yang menarik pada hari ni? takde ape sangat kot, semalam baru lepas layan Adnan Sempit 2,best ke tak? best..dengan lawak-lawak yang memang mampu membuatkan kita ketawa besar..jalan cerita biasa je, tapi kekuatan cerita pada aku terletak pada ayat-ayat yang tak boleh "blah" langsung.. Bukan senang nak jadi orang koperasi nih.

gambar curi google
Ok bukan itu yang aku nak ceritakan..takde kena mengena dengan tajuk pun..aku nak cerita tentang hari ini..hari yang hanya datang 4 tahun sekali..29hb Februari..kebiasaannya bulan Februari hanya mempunyai 28 hari..tetapi tahun ini special sikit sebab "Tahun Lompat" atau Leap year.

Cara mudah kira tahun lompat contohnya tahun ni 2012,tambah 4 tahun, so 2016 nanti tahun lompat lagi..2008 yang lepas juga tahun lompat...dia mesti tahun genap..takde plak terjadi pada tahun ganjil.

Pada yang sambut hari lahir/dilahirkan pada hari ini 29hb Februari ada jenaka yang mengatakan mereka cukup kasian kerana hanya berpeluang menyambutnya 4 tahun sekali hehehe kebiasaannya mereka yang lahir pada tarikh ini akan menyambut hari lahir pada 28hb Feb atau 1hb Mac..tetapi jawapan yang lagi bernas yang aku terima dari seorang ibu mengandung yang bakal melahirkan anak pada bila-bila masa  :

"kalau anak aku lahir pada 29hb Feb, birthday anak aku akan ikut kalendar islam la.."

*Update terbaru dari facebook; seorang kawan aku dah selamat melahirkan baby subuh tadi..bermakna anaknya lahir pada tahun lompat hehehe..

Baru je aku menulis dalam posting ni malah tak sempat post lagi,masih dalam draft..Tahniah kepada Linda kerana dikurniakan cahaya mata,semoga ikatan kasih sayang dalam rumahtangga Linda dan suami bertambah erat dengan kehadiran insan baru..

So selamat **Hari 29 februari!!!! Sambutan yang hanya datang 4 tahun sekali..

**aku reka je nih (>o<)


Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons