Monday, January 16, 2012

W995 Aku Hidup Kembali!!!

Salam,

Gilosh dah hampir dua tahun rupanya cerita ni. klik sini .takde apa sangat pun..cuma nak cerita akhirnya HP SE W995 aku berjaya dibaiki, dibaiki semula oleh diri sendiri..bangga gila bila serba boleh ni.. modal nak baiki hampi RM64 melibatkan kos beli screw driver (speacial tool:beli kat Low Yatt) dan ribbon (wayar sambungan). Puncanya ribbon je dah terkoyak..maklum la hp jenis slider..

Hampir 20,000 kali hp ni menggunakan slidernya so tak hairan la kalau jahanam.. so kepada korang yang ada hp jenis slider ni kalau tiba-tiba screen dia terpadam dengan tanda-tanda : screen jadi macam tv rosak. JANGAN buang dulu..mungkin dengan modal yang kecil dan sedikit ketekunan :BANYAK sebenarnya, mengadap benda kecil-kecil ni buat mata jadi sakit.

Aku bagi link yang menjadi rujukan aku, klik FAIZ HENSEM (huahahah) ada banyak model sebenarnya..dan ada beberapa model smartphone juga.. bukan apa kadang-kadang banyak benda kita boleh buat sendiri tapi kita lebih suka hantar kedai dan merugikan duit sendiri..sebab sekurang-kurangnya kita dapat belajar benda baru.

Satu tips dari  aku untuk beli hp Sony Ericsson yang second hand/terpakai dalam Bahasa Ibunda. Gunakan code ni > * < < * < *  (> < stand for arrow kiri kanan) untuk semak service info: model, software: SIM lock: Configuration: Slider Count (bagi hp slider) dan korang boleh buat Service Test bagi memastikan keypad, kamera, speaker, microphone, main display, earphone etc. berada dalam keadaan yang baik..

Penting untuk korang semak kemungkinan-kemungkinan, contohnya penggunaan slider yang banyak bermakna lebih pendek hayat hp tu bagi kes yang mungkin akan jadi macam hp aku. Satu lagi korang boleh tunjuk yang korang pandai depan towkey kedai supaya tak kena kencing..(aku suka tunjuk pandai untuk dapatkan harga murah tapi aku buat bodoh untuk dapatkan software free wal hal semuanya ada dalam internet)

P/S : Cadangnya aku baru je nak beli hp SE Xperia Arc S menggantikan Xperia X8 yang aku pakai sekarang ni..tapi apakan daya SBPA tangguh!!! wakakaka...

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons