Saturday, January 7, 2012

Semua kerana SBPA

Siapa sangka keputusan dalam SBPA mengubah beberapa perkara dalam hidup aku, tak keterlaluan kepada semua Penjawat Awam.

Semasa SSM, aku 'hanya' Pelukis Pelan...SERONOK ke jadi PELUKIS PELAN ni? ikhlas aku jawab mulanya seronok..bekerja dalam bidang yang aku belajar. but that only on the surface. Kerja aku BUKAN melukis pelan, lipat pelan, baca pelan dan apa sahaja yang berkaitan dengan pelan...

3 tahun aku berkhidmat, dengan jawatan "Pelukis Pelan" tapi apa kerja aku? kerja aku cuma menjaga fail, menulis surat, hantar surat, daftar perunding/kontraktor..apa? tu bukan PT P/O punya kerja ke? YA!!! aku buat kerja PT P/O!!!! So apa PT P/O buat? rilek? main FB? tak..diorang buat kerja diorang...aku buat kerja diorang, tapi diorang tak buat kerja aku.

Kadang-kadang kesalahan yang orang lain lakukan, macam salah hantar pada alamat lain, salah daftar surat, sistem failing yang tak tersusun semuanya aku terpaksa tanggung..contohnya fail yang bukan aku jaga, tapi bos aku guna (unit aku lain sikit sebab unit aku semua kader dari JKR) untuk balas surat tapi dianggap kerja aku sedangkan fail tu atas tanggungjawab orang lain. Senangnya jadi orang yang tak bertanggungjawab...pelik juga dengan perangai orang macam ni, biarkan orang lain buat kerja diorang.

Lama dah aku nak luahkan apa yang aku rasa, berkongsi dengan rakan sekerja pun macam tak jadi apa..malah pernah bertekak dengan EO aku sebab perkara ni..aku mempertahankan hak aku sebagai pekerja..ini bukan swasta, ko rajin ko naik pangkat, bos nampak apa yang buat, gaji ko naik..ini bukan swasta boleh tanggung kerja orang lain, dalam kerajaan kerja kena smart..buat kerja orang bukan memberi apa-apa kebaikan. Ko takkan dapat apa-apa kebaikan membantu rakan sekerja yang tahu menolak kerja pada orang lain, lebih penting lagi kerja tersebut ialah amanah, rezeki, serta tanggungjawab yang sepatutnya dipenuhi...barulah ianya membawa keberkatan. 

Tahun ni bermula langkah baru, takut sebenarnya..tapi aku yakin aku boleh adaptasi segala kemungkinan.. 
"a great power come with a great responsibility" (pinjam ayat Spiderman). Aku yakin lebih berat sesuatu tanggungjawab, lebih banyak yang aku pelajari. So apa kaitan SBPA dalam cerita ni? dah tentu ada kaitan. SBPA dah ubah kedudukan aku. 

Tapi SBPA menaikkan aku seolah-olah aku J27!!! dan dah tentu ianya datang dengan harga yang setimpal..kerja atau aku lebih suka katakan:TANGGUNGJAWAB serta AMANAH akan lebih besar selepas ini..aku membayangkan tanggungjawab ini sesuatu yang mencabar dan dalam masa yang sama akan memberi aku peluang belajar perkara baru, tak lupa juga akan mencabar KEMAMPUAN aku sendiri.

Dunia berputar umpama roda..dan roda aku kali ini membawa aku ke atas........

P/S: baru petang semalam (06/01/2012) ada meeting bahagian, membayangkan tugas baru yang akan lebih mencabar dari sekadar buat kerja failing.

Reactions:

1 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons