Sunday, January 1, 2012

Post Pertama Untuk Tahun 2012



Salam

So dah bermula tahun baru masehi 2012, semalam (31.12.2011) aku bercadang nak postkan ringkasan perjalanan hidup aku sepanjang 2011..suka duka,berita gembira,berita sedih,semuanya ingin aku compactkan dalam satu post..

Tapi..sekarang dah masuk tahun baru 2012..sape yang nak tau cite 'lapok' 2011 lagi?betul tak?
Tahun 2011 aku rasa tahun yang bertuah, murah rezeki, doa dimakbulkan, serta peralihan status bujang kepada sang suami..

Aku bukan la berminat sangat ber'blogging' ni, malah banyak post aku sebelum ni cuma cerita peribadi aku sahaja. Ada juga yang aku copy paste dengan tujuan menjadi rujukan aku untuk masa depan..mudahnya begitu cari maklumat dalam blog sendiri..

Aku juga ber'blogging' bukan untuk dapat keuntungan dengan letak iklan, tarik trafik, walaupun itu satu kerugian pada aku yang tak pandai menggunakan peluang. Pada aku blog, sama seperti laman sosial yang lain. Terbuka jika kita membukanya, peribadi, personaliti, kepercayaan dan macam-macam lagi.Aku anggap ianya 'diari' kehidupan aku. Nak menulis diatas lembaran kertas dah rasa macam 'old school', so kat sini la pentas aku merepek..tinggal lagi kena 'tapis' dulu sebelum publish..

Aku teringat satu post aku paling kurang ajar dalam blog aku ni, malah mendapat teguran daripada Ustaz Azhar Idrus sendiri..bermakna ada perkara yang aku mengikut emosi,kemudian dibaca dan disampaikan kepada orang lain..so aku ambil maklum dan remove post tersebut..

ok cukup untuk intro awal tahun 2012,Semoga diberkati Allah dalam usia ini..InsyaAllah..Harap aku dapat postkan lebih lagi dalam blog pada tahun 2012 ni.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons