Monday, January 16, 2012

Kaki ponteng diberkas merompak, miliki barangan curi RM8,500

KOTA BHARU 15 Jan. - Dua pelajar sebuah sekolah menengah di sini yang merupakan sahabat baik, bukan sahaja digelar kaki ponteng dan telah beberapa kali bertukar sekolah, malah turut terlibat memecah masuk rumah seorang kontraktor di Tanjung Chat di sini.
Aktiviti dua remaja itu terbongkar apabila salah seorang daripada mereka yang berusia 16 tahun ditahan, Khamis lalu.

Penangkapan remaja itu membawa kepada penemuan pelbagai jenis barangan rompakan antaranya beberapa bentuk cincin, rantai emas tiruan dan gajet elektronik keseluruhannya bernilai kira-kira RM8,500.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, susulan penahanan itu juga, rakan baik suspek berusia 17 tahun turut ditahan di Sungai Keladi dekat sini petang semalam manakala suspek ketiga yang dipercayai rakan mereka masih diburu.

"Polis pada 1 Januari lalu menerima laporan seorang kontraktor berusia 34 tahun selepas menyedari rumahnya yang ditinggalkan kosong selama beberapa hari dipecah masuk.

"Berdasarkan laporan itu, polis menjalankan siasatan hingga berjaya menangkap suspek pertama. Suspek remaja itu mengaku terlibat dan membawa polis ke tempat barang-barang itu disembunyikan iaitu di bawah katil di rumahnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azham berkata, selain kedua-dua suspek, polis turut menahan wanita dua beranak yang juga peraih emas berusia 64 dan 26 tahun di sebuah kedai di Jalan Putera Semerak kerana membeli barang curi daripada suspek.

"Keempat-empat suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber- Utusan Malaysia

Ulasan aku : Kaki ponteng?aku dulu pun suka gak ponteng sekolas, ponteng kelas tapi takde la berfikir nak jadi penjenayah. Once you terjebak dengan jenayah ni, memang sia-sia la hidup..masa depan memang gelap macam ko pejam mata..apa yang nampak?gelap je..

Aku menyokong kalau ada yang berpendapat sama seperti aku, punca: pengaruh rakan,ibubapa dan persekitaran..bukan menyalahkan rakan-rakan,bukan menyalahkan ibubapa dan bukan menyalahkan persekitaran.. sebab aku mengambil contoh sepupu aku, tinggal di kuala Lumpur dari kecil, persekitaran memang fail..tapi kenapa diorang tak terpengaruh? sebab ibubapa..doa mereka..tunjuk ajar mereka..kawan-kawan juga dari orang yang baik-baik..kalau ada kawan yang buat hal dengan sendirinya diorang akan jauhkan diri.

Aku dulu pernah hanyut seketika, setiap orang ada episod hitam dalam lipatan sejarah mereka tak terkecuali aku. Mujur aku tak terus tenggelam, kerana apa?Ibubapa..tegas dengan siapa aku berkawan.Tak dapat dinafikan pengaruh kawan cukup kuat, sampaikan bila semua orang pulaukan aku..Alhamdulillah tindakan diorang tu betul.

Apa aku akan jadi sekarang kalau aku masih lagi lepak dengan mereka? siapa aku sekarang?sampai sekarang aku memang mementingkan kualiti dari seorang kawan, sekurang-kurangnya aku dapat menumpang kebaikan mereka. Kawan yang tidak membawa faedah dan kebaikan, sekupang pun tak rugi kalau kita kehilangan mereka. Malah kita akan rugi lebih lagi kalau lama disimpan.

Contoh mudah: Seorang kawan meminta pertolongan perkhidmatan Fotografi,sehingga sekarang masih tak dibayar khidmat aku. Dah hampir setahun mungkin..mula mintak tolong bukan main lagi..aku siap balik kampung..masuk ke sekolah-sekolah untuk dapatkan gambar contoh.

Contoh lain: Suami seorang kawan cuba mengorat isteri aku, bercakap lucah dengan isteri aku. sedangkan masa aku kahwin diorang suami isteri datang sebab isteri dia kawan dari aku tingkatan 4. Dia juga memanggil aku Along (merujuk kepada pangkat dalam keluarga aku) tapi sanggup mengkhianati kawan sendiri. Sebab tu aku ada cakap aku nak mengamuk hari tu-rujuk sini kalau tak mengenangkan aku ni orang yang lebih bijak pandai, aku takkan membodohkan diri, mencemarkan diri dengan seseorang yang tak berbaloi untuk dijadikan kawan.

So, orang-orang yang tak berbaloi dijadikan kawan ni tiada untung pun malah lebih merugikan jika lama disimpan. Sampah mesti kena buangkan?

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons