Thursday, January 5, 2012

Jual Gambar Online (Stock Photo)

Salam semua,

Bagi Fotografer selain daripada ambil gambar kahwin, model or what ever ada juga cabang rezeki boleh dibuat melalui jualan secara online diinternet..salah satu stockphoto web yang aku masuk ialah Dreamstime so saper yang berminat boleh mendaftar/register disini.

Royalty Free Images

gambar yang kena reject dan tak layak re-submission T_T
Aku sendiri baru je mencuba mana tahu ada juga rezeki tambahan..baru je submit 5 keping gambar dan 2 daripadanya dah kena reject dengan salah satunya tidak layak untuk re-submission hahahah..takpe itu bukan alasan untuk aku berhenti dari terus menghantar gambar.

Itu pasal kat blog aku ni tiba-tiba ada banner Dreamstime, untuk program referral sahaja kita boleh dapat $5.. aku pilih untuk letak referral banner sebab itu je yang aku pandai hehehehe.

gambar yang kena reject
Untuk program referal ni kalau korang daftar dan korang berjaya menjual gambar korang komisyen akan diberikan kepada siapa yang korang refer..senang cakap, korang refer link aku, korang upload gambar je..korang berjaya jual gambar, aku akan dapat jugak komisyennya.

Maknanya ada 3 cara untuk korang dapat duit dengan Dreamstime

1st jual gambar korang sendiri

2nd buat program referal macam aku dengan pasang banner di blog, website korang

3rd bila ada orang refer link korang dan berjaya jual gambar komisyen akan diberi dengan setiap pembelian dari orang yang refer link korang.


Doakan usaha aku nak 'meniaga' gambar ni jadi kenyataan ok.kena reject sekali aku balas submit 100pcs gambar nanti..sekarang tengah mengumpul stock gambar-gambar, nak edit balik dan susun cantik-cantik. rugi la kalau orang lain boleh untung dengan jual gambar tapi kita cuma post kat forum,facebook terima pujian yang tak mendatangkan satu sen pun tapi hanya riak/sombong/takbur/angkuh yang datang dalam diri. Dan marah bila orang kritik gambar kita.

Sebenarnya banyak juga web stockphoto ni, malah dalam Shashinki sendiri pun boleh kita jual gambar dan letak harga sendiri.(Lagi best kot) kalau letak mahal dan ada orang beli. Pada yang nak mencuba baca la dulu peraturan dan terma..Aku daftar dah lama, tapi baru sekarang upload gambar dalam tu sebab nak mengkaji bahasa ibunda orang putih yang aku tak berapa nak faham ni.


Reactions:

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons