Wednesday, January 11, 2012

Bila Kali Terakhir Korang Guna?

Pernah tengok ni? apa benda ni?
Hahaha inilah rupanya filem untuk isi dalam kamera, untuk ambil gambar. Dulu aku selalu guna untuk ambil gambar. Sekarang? kamera tu simpan rapi dalam almari je..sebab apa?agak tak praktikal bila kamera tu kena guna bateri+filem...filem saja pun dah berapa ringgit..bateri pulak tak boleh nak pakai Everyday mesti kena Energizer..kalau tidak risiko untuk kamera ni rolling sendiri amat tinggi bila habis bateri or terpaksa replace bateri baru.

Budak-budak sekarang kalau kita ambil gambar diorang laju je datang dekat kita nak tengok..kalau pakai kamera filem ikut celah mana diorang nak tengok? menunjukkan diorang ni dah tak pernah nampak kamera jenis filem.
kamera filem

Kaset ?kaset tu apa?

 Now day ada tak pernah korang tengok atau guna kaset lagi? kalau tengok dari gambar diatas mesti korang tau apa kaitan kaset dengan pensil tu kan?kan? cuba tanya adik-adik kita..korang pernah tengok kaset? silap haribulan diorang tanya benda tu boleh makan ke?

Walkman..pernah tengok walkman sekarang?
Walkman antara ciptaan terhebat sebelum ni. memang stylo kalau pakai walkman ni berjalan-jalan, biasanya ada dua fungsi radio dan pemain kaset.. terangkan kat adik-adik kita kaset kat atas tu masukkan dalam ni hehehe.
CD Player/Walkman jenis CD
Tape VHS
 VHS...apa tu VHS ( Video Home System ) ..aku sempat lagi guna VHS ni sebagai medium untuk tengok movie.. Ye adik-adik ku sekalian..ini benda yang boleh simpan movie dalamnya..kaset besar ni la yang digunakan dulu oleh bapak-bapak korang sebelum CD/DVD/Blueray Disk yang korang guna sekarang.

VHS Player
VHS ni nak cucuk dekat mana? sama juga seperti DVD/CD..mestilah ada Playernya. So gambar kat atas ni Player yang digunakan pada tahun 1985..

Disket
Disket..masa depan disket kelihatan suram beberapa tahun kebelakangan ni disebabkan maklumat/data/ atau apa saja tidak lagi sesuai untuk disimpan dalamnya..mudah rosak dan size storan yang kecil (1.44mb what?!!) mungkin menjadi penyebab kepada kepupusan disket. Perkembangan teknologi maklumat pada hari ini, sumber maklumat hari ini terbuka amat luas dan memerlukan tempat menyimpan data-data tersebut lebih besar. 

Maka tercipta la USB/ Thumbdrive/ Pendrive.. pernah guna Pendrive size 128mb??? pernah guna size 512mb?? mesti adik-adikku akan cakap..mana ada pendrive size tu..paling kurang 1GB atau 2GB..Atau mungkin juga hanya menggunakan External Hardisk dengan kapasiti storan lebih besar. Er pernah tengok dekat mana nak cucuk disket ni? hahaha

Yup itulah teknologi..
USB

kenapa aku tulis entry pasal benda-benda kuno ni? sebab isnin lepas aku jumpa Public Phone!!! What Public Phone??

"Public Phone tu apa Abang Faiz? "suara adik-adikku bertanya..
"er..public tu awam phone tu telefon.."
"Oh..semua orang boleh guna ke ?sebab dah telefon awam?" adik-adikku bertanya lagi..
"Yela kot" jawab aku sambil terkulat-kulat hehehe
(hanya rekaan semata-mata)
Lebih kurang beginilah rupanya Telefon tersebut.gambar yang aku ambil dah terdelete plak.
So apa yang istimewanya Telefon awam yang aku jumpa nih? jeng! jeng! jeng!!.. persoalannya..bila kali terakhir korang guna Telefon awam..dan telefon awam yang aku jumpa ni, MASIH BERFUNGSI!!! tiada sebarang kerosakan, lampunya masih bernyala, gagangnya masih ada, wayarnya tidak tercabut, suara juga masih kedengaran....pelik dan ajaib!!! 

pelbagai smartphone dari pelbagai jenama

Semuanya diganti oeh peranti tercanggih abad ini.. SMARTPHONE!! HANDPHONE!! MP3 Player!!! iPod/iPad/iPhone!!! semuanya ada dalam peranti mudah alih dari kamera, pemain muzik, penyimpanan data, tengok video dan sebagainya.

Aku tinggalkan korang dengan beberapa soalan.

Pernah nampak lagi barangan seperti diatas?
bila kali terakhir korang menggunakannya?

*gambar semua curik kat Google..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons