Monday, January 2, 2012

2012: Mengenang 2011

Esok mula masuk kerja, dengan jawatan baru..

Dari seorang Pelukis Pelan kepada Juruteknik selepas SBPA dilaksanakan bermula 01/01/2012. 
Semasa aku lapor diri dulu, 3 tahun lepas, aku bertekad dalam masa 5 tahun berkhidmat aku akan naik pangkat. Alhamdulillah belum sempat disahkan jawatan pun, SBPA telah 'menaikkan' pangkat aku dari gred J17 kepada JA3-1 sama dengan J27 semasa SSM.


Seronok?tentu sekali..amat seronok..doa aku dimakbulkan..roda kehidupan aku diatas..berputar seperti dalam entry aku ini. Tapi, adakah aku mengambil kira entry ini juga? adakah aku mendustakan nikmat yang diberi oleh tuhan? laranganNya banyak yang ku langgar...masih juga diberi kenikmatan dalam hidup aku, masih lagi mengabulkan impian aku..membuktikan kata-kataNya satu kebenaran..cukup dengan namaNya Ar-Rahman bermaksud Yang Maha Pemurah.

Apakah permintaan aku yang tak tertunaikan pada tahun  lepas? rasanya semua perancangan aku berjalan lancar.. Semoga segala usaha pada tahun ini juga diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons