Tuesday, January 17, 2012

2 Orang 1 Rumah



1 Rumah ni ada 2 orang duduk sekali.
Dua-dua orang bekerja.

Kita namakan A dan B

A sebelum kerja akan siapkan sarapan..
dalam fikiran A "buat sarapan ni tak best pulak kalau untuk seorang"
so dia pun buatkan untuk si B.

Balik kerja, si A dah terfikir untuk masak sebab dia rasa lapar,
Si B pulak balik kerja terus melepak depan TV.
Terdengar suara si B"awak ada masak lebih tak hari ni?"
Lepas makan si B tinggalkan je pinggan mangkuk dalam sinki, tak basuh.

Dah kenyang si B nak mandi pulak la.
Dicampak je baju atas katil dan lantai.

Si A la yang kutip tak nak tengok rumah bersepah,

si A la yang sentiasa basuh pinggan mangkuk,

"ish hari-hari asyik aku je yang buat"
"baju dia aku kutip basuhkan"
"makan dia aku masakkan"
"pemalas betul"






tapi si A cuma bersuara dalam hati...

Kenapa si A rajin sangat buatkan benda-benda ni? walaupun si B tak buat apa-apa yang boleh membantu?

si B pula setiap hari rutinnya begitu..
si A pula setiap hari sutinnya begitu.

semua kerja dirumah yang penghuninya 2 orang hanya si A yang menguruskan.


"Kalau begini lebih baik aku duduk seorang" kata si A dalam hati.

Si B pula merasa tak mengapa sebab ada Si A yang menguruskan semuanya.

Bengang tu semakin lama semakin menebal,
akhirnya kerja yang selama ini ikhlas tidak lagi..

sama-sama bekerja, tapi kenapa si B sentiasa membebankan si A?







End Of The Story

Siapa A dan B?

Kita namakan mereka A sebagai Isteri dan B sebagai Suami...

Masa kita duduk bujang, kita akan marah kalau kawan serumah suka buat sepah,
kononnya nak berjimat kita ajak kawan serumah masak sama-sama,
tapi bila time masak kita la yang potong bawang, kitala yang masak nasi.

Dah selesai makan pinggan satu pun tak reti basuh. apa lagi periuk kuali yang terus bertenggek atas dapur.

Jadi apa perasaan korang dengan sikap kawan-kawan yang macam tu?
Begitula juga bila sudah hidup berdua, sudah menjadi suami isteri..
Fikirkan perasaan isteri bila semunya dilakukan sendiri..

Bayangkan kalau kita yang sentiasa membuat kerja itu dan ini..
Apa perasaan kita bila ada seorang lagi sekadar memandang dari jauh?
Tak langsung mahu membantu..


p/s: rupanya aku tak pernah publish entry ni walupun dah lama draft hehehe 

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons