Tuesday, December 13, 2011

SBPA - Penjawatan dan Gred baru Pelukis Pelan

Salam,

Dari tahun lepas dan tahun ni aku dengar khabar tentang Pelukis Pelan yang akan "ditiadakan" dalam perkhidmatan awam.Kalau dari mulut Pegawai rendah mungkin tak terasa kebenarannya tapi bila ada pegwai PTD yang bercakap terasa hati jugak..

Maklum la kita kerja elok-elok tetiba tak diperlukan lagi, cakap pulak dalam nada sinis..dalam kursus aku baru-baru ni khabar sinis tu bertukar jadi khabar gembira bila skim Pelukis Pelan akan dinaiktaraf..maknanya cakap-cakap sebelum ni khabar angin sebelum ni mungkin pemahamannya berbeza..

Kemudian bila PM umumkan pertukaran skim bagi Penjawat Awam dari SSM ke SBPA ramai yang mula gembira sebab akan 'naik gaji'..tapi sekarang keadaan dah berubah bila keluar je pekeliling UMUM, GURU dan PDRM. Ada yang tunjuk rasa tak puas hati, ada yang memaki, ada yang bersyukur tak kurang juga yang tak ambil peduli.

Aku antara orang yang amat ingin tahu perkembangan pekeliling baru ni..nak melihat khabar angin yang bertiup selama dua tahun ni bukan sekadar khabar angin..tetapi ingin ianya menjadi khabar atas talian.
Kalau masuk ke facebook https://www.facebook.com/abubakar.kppa memang kecoh dengan skim baru ni..



Dalam pada kecoh tentang jawatan FT,J,N dan sebagainya aku terbaca dari komen-komen tentang jawatan Pelukis Pelan yang dijumudkan atau 'dihilangkan'. So kalau dah jumud jadi ape?mula la aku berjalan dalam alam maya mencari jawapan kepada persoalan tadi..akhirnya aku berjumpa juga dalam laman web http://www.moe.gov.my/sbpa/umum/lampiranb4.html (B4-c)
 Bermakna akan ada perubahan yang besar bagi jawatan Pelukis Pelan..Gred naik and of course gaji naik..amat banyak...

Tapi ada juga yang dengki, dengan apa yang orang lain dapat..kalau dulu setaraf sekarang dah jadi gred lebih tinggi..pada aku itu rezeki masing-masing..tak pernah pulak aku nak merungut masa dilantik sebagai Penjawat Awam mempunyai sijil tapi dibayar gaji SPM.

Kalau la benar Pelukis Pelan dijumudkan dan terus dinaikkan kepada Juruteknik jari J17 naik ke JA 3-1 (sama dengan J27) apa pun kita tunggu dan lihat lagi satu dari pekeliling yang aku baca kalau jawatan kena jumud nak tak nak kena terima skim SBPA..tak leh pilih..kalau tak nak dan nak stay dengan skim SMM boleh kena berhenti kerja.....

update:14/12/2011


Gambar kat atas ada tunjuk jawatan tu dijumudkan
Dari J17 kepada JA3-1
yang aku faham dalam ni..
Gred J17 pelukis pelan dah jadi JA3-1 setaraf STPM
lapisan gred baru tu bagi yg dulunya J22 /J26= JA3-2/ JA3-3
so diorang gaji lain la..
kalau yang dulu J17 tapi dalam skim SBPA gred JA3-1 gaji pokok tu banyak naik.

aku kira kasar la kan berdasarkan gaji skim N

Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145 (ni yang paling minimum skim N dapat so kalau JA3-1?)
Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180

RM1410 + kenaikan tahunan pada tahun depan RM145

so RM1555 basic pelukis pelan (juruteknik)tahun depan..
campur elaun2 rm180+rm115+rm300
Total = RM2150
kita tunggu tahun depan..samada betul atau tak

Reactions:

6 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons