Wednesday, December 21, 2011

SBPA - Pelukis Pelan (Borang Opsyen Dah Dapat !!!)

Salam..

Mesti ramai yang duk mencari tangga gaji terbaru terutamanya Pelukis Pelan (sebab aku fokus pada jawatan aku jela ek)

Dalam masa beberapa hari sebelum terima borang opsyen...aku mengkaji Pekeliling Umum SBPA..

dan dalam Lampiran C yang aku baca juga ada beberapa kekeliruan disebabkan

-Pegawai yang telah memenuhi syarat skim perkhidmatan di bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam
-Pegawai yang tidak memenuhi syarat skim perkhidmatan di bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam

 so kat sini akan ada percanggahan dari maklumat awal yang didapati dalam FB Tan Sri Abu Bakar,KPPA.
Sebab ramai yang terus mencari tangga gaji tapi tak baca Pekeling UMUM tersebut..

Dua perkara diatas akan meletakkan gred gaji pada tahun hadapan sama ada bermula pada gred JA3-1 atau J4-1.

Dari panggilan telefon yang aku terima dari seorang kawan yang juga Pelukis Pelan dalam Badan Berkanun, dia dapat opsyen pada gred J4-1... dengan gaji permulaan T2 RM1075 dan seterusnya (sila kira dengan kenaikan Tahunan sebanyak RM95) bermakana opsyen yang diterima beliau ialah (PENYANDANG YANG TIDAK MEMENUHI SYARAT) aku sendiri masih blur dengan dengan perkara ni..

Ada juga dari yang aku baca pada FB TS AB,KPPA. (seperti gambar diatas) so memang akan ada perbezaan..macamana diorang tengok aku tak pasti..

Ok ini pulak adalah borang opsyen yang aku dapat...
Untuk pengetahuan korang aku bermula dengan gred J17 dan tangga gaji aku sekarang pada P1T3 Rm 945.92 so kira la sendiri berapa pertambahannya..

Aku harap rakan-rakan aku Pelukis Pelan yang lain dapat JA3-1 dengan tangga gaji seperti yang tertera..
Mungkin ada yang dah boleh congak dan mungkin ada yang dah boleh agak..cuma selagi belum dapat borang Opsyen..jangan gembira sangat ok?

P/S: Nak tengok ke tangga gaji SBPA?

Reactions:

84 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons