Wednesday, November 23, 2011

Teleconverters VS Extention Tube

Salam

Hari ni aku nak bagitau satu kekeliruan antara dua benda yang nampak sama tapi sebenarnya berbeza dari segi fungsi.


Teleconverters

mempunyai Optical berfungsi sebagai pengganda

teleconverter NIkon

size Pengganda
Teleconverter boleh digunakan untuk kamera DLSR dan lain-lain jenis kamera juga. Untuk kamera DSLR, teleconverter ini biasanya dipasang diantara lensa dan kamera kita. Teleconverter berbentuk silinder dan di dalamnya terdapat kanta yang berfungsi untuk memberikan gandaan kepada focal length yang digunakan.
Teleconverter boleh didapati dalam berbagai kuasa gandaan. Biasanya, teleconverter dibuat dengan kuasa gandaan 1.4X, 1.7X dan 2X. Setiap teleconverter ini memberikan kuasa gandaan yang berbeza kepada lensa yang kita gunakan. Di sini saya berikan contoh:
  • Teleconverter 1.4X yang dipasang pada lensa 100mm akan mengubah lensa ini menjadi lensa lensa 140mm (100mm X 1.4 = 140mm)
  • Teleconverter 1.7X yang dipasang pada lensa 100mm akan mengubah lensa ini menjadi lensa 170mm (100mm X 1.7 = 170mm)
  • Teleconverter 2X yang dipasang pada lensa 100mm akan mengubah lensa ini menjadi lensa 200mm (100mm X 2 = 200mm)
Walaupun dapat menggandakan kuasa focal length, penggunaan teleconverter juga memberikan beberapa kelemahan. Diantara kelemahan yang ketara ialah, teleconverter akan menyusutkan nilai aperture. Secara mudahnya boleh dikatakan, teleconverter menjadikan cahaya yang masuk melalui lensa menjadi lebih gelap.

 Extention Tube

dengan CPU contact

Tanpa CPU contact

 Suatu tiub sambungan aksesori untuk kamera dengan lens saling ditukar ganti, yang digunakan terutamanya untuk fotografi makro. Tiub tidak mengandungi unsur-unsur optik; tujuan tunggal adalah untuk menggerakkan lensa lebih jauh dari satah imej. Lebih jauh lensa, semakin hampir subjek, lebih besar pembesaran, dan juga lebih besar kehilangan cahaya (yang memerlukan pendedahan masa yang lebih lama). 

Kanta klasik memberi tumpuan lebih dekat daripada infiniti dengan memindahkan semua unsur-unsur optik lebih jauh daripada filem atau sensor; tiub lanjutan hanya mengenakan gerakan ini.

Tiub Tambahan tanpa CPU elektrik tidak akan membenarkan kamera automatik elektronik untuk mengawal lens, sekali gus melumpuhkan autofocus melainkan jika lens menawarkan pengawalan aperture secara manual contohnya dengan menggunakan lens nikon jenis D. Tiub lanjutan yang lebih mahal mengandungi CPU elektrik yang membenarkan pengguna untuk menggunakan autofocus dan elektronik mengawal bukaan lensa dilampirkan. Kelebihan yang besar kepada tiub bukan elektrik (ET kosong) adalah harga yang rendah.



sumber: sini dan sini (dengan sedikit modifikasi tatabahasa)

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons