Monday, November 14, 2011

Susahnya Berjauhan

Sedari kecil kehidupan aku senantiasa berjauhan..dari keluarga..
bermula dari umur aku ke tadika,aku sudah belajar berjauhan,tinggal diasrama,yang aku ada hanya kawan-kawan.

Aku belajar hidup susah bersama belajar menempa hati..dari kecil..tercampak aku ke laut jadi pulau pendek kata aku bisa mengasimilasikan keadaan agar bersesuaian..

Ketika usia meningkat remaja juga jauh aku merantau, lebih teruk lagi ianya membentuk peribadi aku sehingga sekarang..ada antara saudara yang terdekat melabelkan aku,saban tahun cerita tentang aku berputar dalam memori diperturunkan pada yang baru mengerti bahasa pertuturan.

Banyak perkara yang aku dapat dalam perjalanan hidup ini..tetapi masih juga kekurangan pengalaman. Jika dibukukan kisah hidup aku, ianya mungkin hanya setebal buku nota kanak-kanak sekolah rendah..tiada apa yang istimewa,tiada apa yang misteri.

Bila sudah masuk alam pekerjaan tercampak pula aku di Putrajaya ni, mulanya di Kotaraya sesak Kuala Lumpur. Terasa sudah penat merantau,ingin saja aku mengisi borang bertukar ke kampung..tetapi perancangan aku dulu biarlah disini dulu pengalaman ditimba.biarlah hujan emas ini aku tadah.

Sekarang sudah memasuki fasa berkeluarga,berkahwin..tetapi masih lagi jarak memisahkan aku..dengki betul jarak ini dengan kehidupan aku!!! apa tiada orang lain ke boleh dipisahkan duduk berjauhan? pada siapa soalan itu dituju?..

Aku tahu ujian datang dari tuhan, pada orang yang mampu menanggungnya saja diberikan ujian tersebut,jika aku sendiri lemah takkan ujian tersebut menghampiri, tetapi adakah dia mampu?adakah dia sama seperti aku? kadang-kadang aku hairan bagaimana aku boleh terlupakan rindu? sebab aku sentiasa meletakkan dia dihati?jadi aku tak merasa rindu?bagaimana dengan dia?aku dimana?mungkin saja selalu menerawang jauh disudut fikiran sampai kadang-kadang hilang?mungkin juga..kerana itu aku sering dirindui?

Bila berjauhan ada peranan yang tak dijalankan..baik sebagai seorang suami mahupun sebagai seorang isteri..itu belum lagi dikurniakan cahaya mata..bagaimana mahu menghadapinya? jangan bila "KESELESAAN" berjauhan melepasi rindu kelak akan menjadi racun dalam kehidupan..

Perkahwinan ada tujuan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Room 30: 21]

Saat ini hati kuat berdebar..agaknya sambil tu terfikir sampai bila agaknya kami mampu bertahan?aku seorang yang agak sentimental, masih menyimpan setiap pemberian orang lain dari zaman persekolahan sampai kini..agak keras diluar penampilan hinggakan ramai yang kata aku panas baran tapi ramai yang tak mengetahui aku juga mudah terasa...Jadi perkara begini kadang-kadang menyentuh perasaan aku..cuma jauh aku simpan dengan menyibukkan diri sendiri dalam erti kata lain aku sedang menipu hati...

Reactions:

1 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons