Wednesday, November 2, 2011

Induksi Modul Khusus dan Umum-Part I-Day 1

Nukilan kali ni adalah satu memori yang terindah sepanjang aku berkhidmat dalam perkhidmatan awam..
Tak tahu dari mana untuk aku mula hahahah

Ringkasnya aku terkelam kabut sebab aku perlukan Kursus ni untuk melayakkan aku sah dalam jawatan sekarang sebab tempoh percubaan aku selama 3 tahun hampir tamat.

Kalau tak silap aku dalam bulan 8 lagi aku dah hubungi bahagian sumber Kementerian Kerja Raya untuk letakkan nama aku..akhirnya dapat jugak aku pergi sebab "paksa" pegawai masukkan nama aku gak huahahahha.

4hb Oktober: cuba call En.Syokri bertanyakan nama aku...dia jawab nanti saya semak...nama aku masih tak masuk lagi..kemudian dia minta aku standby untuk esok hari dia akan call balik.

5hb Oktober: En.Syokri call "En.Faiz awak kena pi kursus 6hb"...er..6hb November? "tak...6hb Oktober..esok"

What? aku terkelam kabut lagi.Petang tu jugak aku menyiapkan diri..pergi siapkan keperluan sekadar yang mampu.

6hb Oktober: bertolak ke JKR K.L/KKR Jalan Sultan Salahuddin...menunggu bas,mujurlah ada pengangkutan disediakan...minum dulu dengan kenalan semasa dia bekerja di KBS..

Sebenarnya berat hati nak pergi kursus ni sebab aku tak suka kalau aku tak bersedia..cuma aku fikirkan mungkin ianya satu pengalaman yg menarik jika bermula dari awal..2minggu beb..

Orang pertama yang aku kenal Fazri Jusoh..yang juga roommate aku masa berinduksi..
Pemandangan dari Jeti Marina Island


Lupa plak aku nak bagi tau kat ner aku induksi kali ni..Purnama Beach Resort Pulau Pangkor .2minggu kat Pulau Pangkor.!! Tapi cerita tak tamat kat sini ok..banyak dan panjang cerita ni..aku rungkaikan satu persatu seingat aku..

Bertolak dari K.L ke Perak singgah berhenti makan dekat Bidor..masa ni masih lagi tak mengenali peserta lain..tapi ada yang menghampiri meja aku..disitu perkenalan bermula..

Kami sampai ke jeti Marina Island untuk ke Pulau Pangkor..bila sampai ke jeti masa nak naik feri..pergh...bermulalah seksaan keatas peserta lelaki hehehehe.. mana taknya ramai yang bawak "Peti Ais Berwarna" " TV 42inci " dan "mesin basuh" hahaha..yela keperluan pakaian untuk 2minggu..jadi Beg pakaian saje dah sebesar tuan punya badan.

Sampai ke Pangkor bertolak ke resort yang terletak di Teluk Nipah..mata aku tak lepas pandang ke arah pantai..jelas nampak air laut kehijauan..memanggil-manggil..alangkah bestnya kalau dapat mandi pantai...(part ni sedih) dapat je bilik tetapi terpaksa berkongsi dari 2 ke 3 orang sebilik agak sempit tapi masih selesa...tak tahu nak letak baju dan beg kat mane..

masih lagi pada hari pertama

sesi taklimat berkenaan kursus Induksi dan perkenalan dengan fasilatator dan urusetia program. kemudian setiap seorang diberi beg beserta nota dan juga amanah..(telur) yang akan dijaga sepanjang berkursus nanti....

Kusyuk la kononnya diorang ni padahal cover orang amik gambar.

so beratur la sekalian umat induksi untuk mengambil telur huahahah
Teringat aku masa minggu orientasi dekat IKM dulu kalau pecah je telur tu kena ganti dengan batu bata..hilang atau tak bawak batu bata tu kena tambah dua biji batu bata...tapi kat sini takde la sampai ganti dengan batu bata..tapi diberi dua biji telur jer

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons