Thursday, November 3, 2011

Induksi Khusus dan Umum-Part II - Day 2

Awal pagi lagi dah bangun..selepas solat subuh bersiap sedia untuk bersukan..senaman pagi
perkara yang paling leceh untuk dibuat..tapi nak kompom punya pasal turutkan juga..

Bukhori dengan Imam Khairol
Memang dah jadi kebiasan senaman pagi mesti ade dalam setiap kursus macam ni..even team building pun sama..siap ade conductor yang uruskan..eh aku tak cite pun pasal aku pi team building kat Janda Baik..biar lah dulu..kursus induksi ni lagi best..hahaha

Masa senaman pagi ade tiga orang yang lambat..dari mula senaman sampai habis kami berjogging diorang still berlari setempat..aku rasa dalam setengah jam kot..then diorang dipanggil kedepan..tetiba!

"saper yang tak pakai lengkap pakaian sukan sila kehadapan."

WTF!? aku la tu sebab aku pakai suar slack wakakaka kena la aku kedepan..
3orang Abdul termasuk aku 4 orang (tiada dlm gambar)

So ape yang patut kita denda 4 Abdul nih?fizikal or tolak markah?itu antara dialog yang aku ingat.soalan dari fasilatator..mungkin kerana peserta yang lain kesiankan kami diorang taknak kami gagal sebab point ditolak so diorang nak kami didenda fizikal..tapi....

"Kamu semua pernah dengar DIAMOND?" al-kisahnya semua orang kena pumping kalau tak salah aku dalam 20kali kot..dan orang yang mengiranya ialah kami.

Pada aku 20kali tu sikit je,sebab aku mampu buat lebih dari tu wakakakak gelak takbur sekejap. By The Way aku rasa semua orang pada waktu ni bengang dengan kitaorang..tapi orang beriman takkan melakukan kesilapan yang sama dua kali hehehe..

hari kedua ni bermulanya titik tolak perkenalan dan pembentukan kumpulan mengikut nama-nama Pulau yang ada di Malaysia..setiap kumpulan terdiri daripada lebih kurang 12 ke 13 orang..cara pembahagian ahli kumpulan agak menarik dimana setiap peserta diberikan kertas tertera nama sendiri dan juga di belakang kertas tu ada sebaris ayat contohnya kumpulan aku. 

" Dua orang budak hanyut dibawa banjir tersangkut pada pokok kelapa"


Sorry la bukan semua aku ingat nama.
Aku tengah mimic ayat kumpulan hahahaha
Kumpulan Aku Pulau Sipadan tapi ada sorang "sesat" huahahaha
Peserta kena gayakan tanpa boleh bersuara.agak kecoh suasana masa tu..tapi semua orang jujur tak bersuara..hihihi..kalau dikenang memang kelakar masa ni..masing2 cuba buat gaya tersendiri..
Fazri sedang melakukan aksi mengikut ayat.

Perbicangan kumpulan.

Bila kumpulan dah terbentuk kena buat cheers kumpulan masing dan diberi beberapa tugasan seperti buat bendera kumpulan dan cipta barang hiasan dari barangan laut yang terbuang. Masa ni la aku gunakan untuk keluar mencari barang..keluar ke tepi pantai..

Bendera yang dah siap.
WOow sungguh ohsom! air laut yang sunggh cantik gile babas!!! tapi sayangnya sekadar boleh dipandang...
Sooc dari kamera compact aku..(Sariful)
Demi keselamatan kami semua peserta memang tak dibenarkan keluar..apa lagi mandi di pantai..(mode sedih sekejap)..
Tugasan bersama Elly untuk kutip bahan dari hasil laut.

Ok berbalik pada kumpulan tadi..aku dapat satu group yang paling best sebab didalam group ni semuanya orang2 yang hebat! untuk cheers kumpulan kami yang menang...walaupun bendera kami tak seberapa tapi makna yang tersirat disebaliknya amat bermakna(aku simpan bawak balik lepas habis kursus).Ketua kumpulan juga dilantik yang pasti bukan aku wakaka..Ketua kumpulan aku ialah Hussin Onn dari JKR Perlis anak kelahiran dari Kaum Bajau,Sarawak.

Hafiz, Damil, Razi
Sebenarnya banyak game menarik atau latihan dalam kumpulan yang kami buat pada hari kedua nih,macam melukis muka masing2 dengan tangan kiri(atau kanan bagi yang kidal) kemudian lukisan tu ditukarkan setiap seorang dapat lukisan yang lain pastu mencari maklumat serba sedikit dari tuan punya lukisan..nama,kerja kat mane,perkara disukai,perkara dibenci..memang riuh sekampung bila masa mencari..


semua orang berebut mencari tuan punya lukisan
Orang yang bertuah dapat lukisan aku huahaha

Azni interview Azrol (Penghulu) macam reporter tu
Aku dapat lukisan sape ek?ntah aku lupa tapi orang yang aku pegang lukisannya aku ingat..Nurhuda..betul ke nama ko ni hahahaha..ade soalan tentang perkara dibenci aku tak tahu nak tulis ape so aku cakap kucing..hahahah aku takde la benci kucing sebenarnya...tapi sebab malas nak pikir ape..tak class la tulis saya tak suka orang hipokrit..saya tak suka penipu..common la bukan budak2 skool menengah beb nak tulis camtu wakakaka (ramai yang tulis camtu jangan marah)
Ikhwan roommate aku gak kena interview.

Banyak cerita ni..ade lagi 12hari kot...tapi aku cuma cerita yang aku ingat dan ade gambar jela..sebab aku pun bukan leh ingat sampai 12 hari punya cerita satu persatu lain la aku tulis diari..wah dah lama takde diari..dah bakar pun masa sekolah menengah dulu..dalam hati ada taman tol la ko ni faiz..wakakaka

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons