Sunday, November 13, 2011

360 Kumbang



Coleoptera (disebut /koʊliːˈɒptərə/), spesies biasanya dipanggil Kumbang ialah order serangga yang terbesar, dan mengandungi lebih banyak spesies daripada order lain dalam alam haiwan, mengandungi hampir 25% daripada semua benda hidup yang dikenalpasti.[1] Kira-kira 40% daripada spesies serangga yang dikenalpasti ialah kumbang (kira-kira 400,000 spesies[2]), dan spesies baru sentiasa dijumpai. Beberapa anggaran meletakkan jumlah bilangan, yang telah dan belum dikenalpasti, sehingga setinggi 100 juta, tapi 1 juta mungkin lebih tepat.[3] Keluarga taksonomi terbesar, Curculionidae (weevil atau kumbang muncung), juga tergolong dalam order ini.
Kumbang dapat dikenali daripada ciri sayap hadapan yang tebal dan keras, berfungsi melindungi sayap belakang yang nipis apabila tidak melakukan penerbangan. Sewaktu terbang sayap belakang yang digunakan, makanala sayap hadapan terbuka dan terentang, tidak digunakan. Alat mulut kumbang terdiri daripada mandibel yang kuat digunakan untuk menggigit, mengerat atau mengunyah makanan yang terdiri daripada benda padat. Kumbang boleh di dapati di pelbagai habitat daratan maupun akuatik. Malah terdapat kumbang yang merupakan perosak bijirin yang disimpan, seperti kumbang beras dan kumbang tepung. 

sumber:Wikipedia
Potret Kumbang

Sisi Kumbang
Kumbang
kesian kena terbalik
dari dekat

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons