Monday, October 24, 2011

2Hari Cuti

Salam...

Kalau dikira-kira hampir 4minggu aka sebulan lamanya aku tak balik kampung..tetiba jadual penuh..dengan team building dan Kursus Induksi yang memakan masa hampir 2mingggu di Pangkor.

So hujung minggu baru nih,ada masa terluang aku pun pulang ke Tapah berjumpa isteri tercinta..lagipun baru je gaji kan?tak munasabah pulak kalau aku tak balik..
video

Sabtu lepas bagi mengisi masa terluang kami pergi berkelah pada petang sabtu tu, kebetulan pagi tu ada gotong royong dekat kelas tadika isteri aku so ada la lebihan makanan..kawasan dituju tak jauh dari kem tempat isteri aku mengajar.kalau dari highway,keluar je dari tol ambil jalan kiri nak menuju ke Cameron Highland. Tempat yang kami nak pergi ni namanya Kuala Woh(aku asyik cakap Kula Koh)

Yang menariknya kasawan Hutan Lipur Kuala Woh ni terdapat air panas semulajadi, memang rare betul tempat camni..air dia memang panas boleh melecur gak la walaupun hanya pada 41darjah celcius. Apa yang bestnya,walaupun air sungai deras mengalir tapi kalau kita jejakkan kaki lama-lama pada dasarnya kaki akan mula terasa panas,batu yang ada dalam sungai tu kalau kita ambil keluar akan keluar wap dan cepat kering..

Memang best la pengalaman ni,badan sejuk dengan air sungai tapi kaki panas dalam pasir..cuma kena hati-hati jugak la..kadang-kadang salah port memang terasa lecur tapak kaki tu...sungai ni ada lagendanya tersendiri..mengikut keercayaan orang tempatan(orang asli disana) punca kejadian terjadinya air panas tersebut adalah dari kemarahan 3ekor naga.. boleh klik gambar untuk baca selanjutnya.







Kawasan Hutan Lipur ni tak sesak sangat dengan orang,kawasan jugak agak menarik dan cantik. memang satu destinasi berkelah yang sesuai untuk aktiviti hujung minggu atau hari cuti.Tak lupa jugak ada jambatan gantung kat sini..best wei



Kalau ada peluang aku syorkan datang la sini rasakan sendiri pengalaman mandi air sejuk tapi dalam masa yang sama boleh merasa bahang panas, tak jauh kalau dari pekan Tapah tu..ingat..keluar tol tapah belok kiri..dalam 3-5km jumpa la simpang masuk Hutan Lipur Kuala Woh ni..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons