Monday, September 5, 2011

Versi I : Raya Yang Kosong

Rumah tua itu dibiarkan kosong,malam raya tiada takbir didalamnya.

adakah ini petanda? akhirny rumah itu akan dibiarkan rebah? akan hilang penghuni yang sering bermigrasi?

Saban tahun berseri rumah itu..hari terakhir Ramadhan meriah dengan hiruk pikuk suara anak kecil, berlari diatas lantai papan usang itu. Berdoa dalam kerahmatan berbuka dengan kemeriahan Syawal menyinggah sama.

Tahun ini terbiar sepi, sendiri...terubat kekosongan dihati dengan adanya insan teristiwewa bernama isteri.

Jangan biarkan aku berhenti, Biar aku bercerita kisah ini dahulu...kerana suatu masa nanti aku sedar..kami generasi seterusnya akan meninggalkan rumah usang tersebut hanya sebagai kenangan yang kian luput ditelan zaman.

Aku membesar dicelahan kepingan papan, mengintai cahaya dari tepi jalan yang masuk ke kamar beradu.. disemak samun aku meredah mencari burung untuk dilastik MATI! malah berkubang depan laman rumah bila banjir ke takat lutut.

Kenangan tersebut tersimpan kemas dan rapi, kemudian kian hanyut dalam peredaran masa.. Kami makin dewasa.. Apa yang tinggal tidak lagi sesuai dijadikan tempat bersandar.

Ada yang menyalakan api kebencian, kemudian tak termaafkan kerana perbezaan cerita. Majlis diraikan untuk sang pengkhianat, sanggup datang menagih simpati dari penghuni rumah tua tersebut sekaligus menghilangkan seri yang selama ini menghiasi keindahan rumah usang tersebut.

MENJILAT LUDAH KAHAK KOTOR.
itu mungkin saja sajak aku yang hanya bertajuk tapi tak berisi.


AKU?tak termaafkan..tak termaafkan..maki ditelinga ini tergiang mendayu-dayu berulang-ulang dalam tayangan yang sepatutnya luput juga bersama usia dua tahun!  Ah Emo la kamu! apa lagi nak diungkit perkara yang sudah berlalu? jangan jadi hipokrit seperti penjilat itu.

Tepuk dada tanya la selera selepas kamu mengetahui : Kekecewaan aku yang terbesar.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons