Wednesday, September 14, 2011

Raya Versi III : Datang dan Pergi

Salam

Biasala kalau beraya je mesti orang datang rumah tapi macamana pulak dengan pergi?
Datang dan Pergi?Datang kemana?Pergi kemana?

Of Coz la datang ke rumah buruk aku..of coz la pergi ke rumah besar kengkawan..apa la..

Tetamu ni memabawa rahmat:

Ini jelas diriwayatkan dalam sirah(sejarah) Nabi Muhammad S.A.W

" Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata: Aku sangat menderita kebuluran. Rasulullah s.a.w menghantarkannya kepada salah seorang isteri baginda, tetapi dia (isteri baginda) berkata: Demi Zat yang mengutuskanmu dengan kebenaran! Aku hanya mempunyai air.

Rasulullah s.a.w menyuruh menanyakan kepada isteri baginda yang lain, tetapi mendapat jawaban yang sama. Kesemua isteri baginda memberikan jawapan yang sama: Tidak, demi Zat yang mengutuskanmu dengan kebenaran! Aku tidak mempunyai satu apapun kecuali air.

Rasulullah s.a.w lalu berkata: Sesiapa yang memberi makan orang ini, Allah akan merahmatinya. Seorang lelaki dari golongan Ansar berdiri dan berkata: Aku, wahai Rasulullah. Lalu diajaknya orang itu ke rumah beliau. Lelaki itu menanyakan kepada isterinya: Adakah kamu mempunyai sesuatu (dimakan)?

Jawab isterinya: Tidak ada! Kecuali makanan untuk anak-anak sahaja. Dia berkata lagi: Sibukkanlah mereka dengan sesuatu. Apabila tetamu kita masuk, padamkanlah lampu dan tunjukkanlah yang kita seolah-olah sedang menghadapi makanan.

Apabila dia hendak makan, maka hampirilah lampu dan matikanlah. Mereka pun duduk, sementara tetamu mereka makan.

Pada keesokan harinya mereka bertemu dengan Nabi s.a.w dan baginda bersabda: Allah benar-benar bangga terhadap perbuatan kamu berdua terhadap tetamu kamu malam tadi."

Ada je topik boleh jadi modal bersembang

Yang hujung kuning bila pulak nak join kelab isteri-isteri orang?huahahha


Seronok sebenarnya melayan tetamu apa lagi kalau kawan-kawan lama..banyak perkara yang boleh jadi jenaka bersama.. Datang bertandang membawa rahmat..bersama juga gelak tawa hihihi.

Lepas singgah dirumah aku, jemputan sahabat juga dipenuhi sempena kenduri kesyukuran di rumah Boyon.



Bincang projek besar nih

Apalah yang kelakar sangat diorang ni?

Gambar kenang-kenangan di majlis Boyon.


 Raya kalau tak diundang ke rumah terbuka memang tak sah..Sebulan berpuasa kalau ada turun berat badan tu mesti mendadak naik lepas raya..Daging Rendang, Kuah Kacang, Nasi Impit, Lemang, Almond London..Pergh semua tu kolestrol dengan tinggi kandungan gula belaka huahahha.

P/S : Nak check berat badan la pasni. T_T

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons