Thursday, September 22, 2011

Bestnya Manga dan Manhwa

Agak malas sebenarnya nak meulis dalam blog ni..
Tak tau nak bangkitkan isu ape..
agaknya bulan kemalasan aku sekarang kot..
ada gambar pun tak edit-edit
kalau sentuh pun sekadar usik sikit untuk buang masa terluang

kalau kat office aku lebih suka mengadap komputer sambil baca Manga(Jepun)/Manhwa(Korea/Taiwan).

antara komik or bahasa bestnya novel grafik yang aku tengah baca sekarang

-Nobbleess -cerita pasal vampire..komik dari korea,agak best dengan format berbeza dari manga/manhwa lain.

- 1/2 Prince- cerita tentang sebuah game yang dinamakan Second Life, tak seperti game lain, Second Life membawa pemain ke "alam lain" seolah-olah permainan tersebut berada dalam dunia realiti. Agak menarik untuk dibaca. 

Bayangkan game tu memberikan pengalaman sebenar kemudian katakan pemain wanita/lelaki menukar gender dalam game tersebut. Lelaki jadi perempuan dan sebaliknya kemudian moderator/admin/game mod menukarkan mod game dimana pemain perlu mandi/buang air  dan sebagainya..haru biru la jadinya..tapi memang kelakar jalan cerita nih tanpa perlu unsur *echii. Itu salah satu plot manarik manhwa ni.


-Hunter X Hunter-cerita ni dah lama tapi pelukisnya selalu tangguhkan dengan isu lukisan cincai mancai..memang tak sangka pelukis ni juga yang melukis komik Yuyu Hakusho. Kalau bukan sikap pelukis ni yang macam ni mungkin komik ni setaraf Naruto. Aku memang minat cerita ni sampailah cerita ni tertangguh agak lama sebelum disambung semula kemudian tertangguh kembali..


-One Piece-ini memang komik faveret aku, setiap minggu tunggu update je, sama macam Naruto, Bleach, dan banyak lagi..

Luffy And The Geng
Banyak lagi sebenarnya yang aku minat baca...kadang-kadang cerita tu tak femes tapi jalan cerita agak bagus tetap aku baca untuk hilangkan boring daripada aku tak buat apa.

Apa yang aku dapat baca novel grafik manga nih?
selain dari "kill time" dari dulu manga membawa meseg persahabatan..semuanya tentang erti persahabatan..dan sayangnya persahabatan adalah sesuatu yang telah aku tinggalkan sedikit masa dulu..aku dah tak percaya..

Apa pun kat mana nak baca? google je mangareader,mangafox,naruto central dan macam-macam lagi laman web alih bahasa hehehehe tak payah baca komik buku online je.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons