Sunday, September 11, 2011

4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Wanita Ke Neraka


Assalamualaikum.
Mungkin sekali bagi kaum wanita ianya seperti merendahkan mereka..seperti memperkecilkan mereka dalam agama tetapi tanggungjawab sebenar jatuh kepada lelaki, dan 4 golongan lelaki tersebut apabila gagal menjalankan amanah tersebut maka mereka akan turut sama menanggung dosa wanita-wanita mereka.(anak,isteri, adik-adik dan ibu)
Semoga ini akan menjadi peringatan kepada kaum lelaki bergelar suami terutamanya supaya tanggungjawab bukan sekadar kepada nafkah zahir dan batin tetapi ke arah mencapai kerahmatan dan keredhaan Ilahi bersama.

1. Ayahnya:
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anakperempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anakperempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya:
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya:
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahajadan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya:
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Semoga kita semua dapat memelihara maruah  wanita-wanita diseliling kita. InsyaAllah.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons