Tuesday, August 23, 2011

Tahap Gred Mata Wang Kertas

Bagi pengumpul duit kertas ada beberapa singkatan yang sering digunakan untuk mengukur tahap gred wang kertas ini anatara istilah yang sering manjadi kayu ukur menggambarkan kualiti duit kertas tersebut.

 

Tahap Gred Mata Wang Kertas

Uncirculated (UNC)
Sempurna, setiap penjuru duit adalah tajam, tiada kesan lipatan, warna tidak pudar, kertasnya kukuh dan bersih

About Uncirculated (AU)
Kelihatan sempurna tetapi bahagian tengah atau penjuru terdapat sedikit kesan lipat, mempunyai penjuru yang tajam, tiada kesan calar, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

Extremely Fine (EF)
Maksimum 3 kesan lipat yang minor atau 1 kesan calar, mempunyai penjuru yang tajam, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

Very Fine (VF)
terdapat beberapa kesan lipatan, permukaan sedikit kotor, warna sedikit pudar, penjuru mungkin koyak tetapi tidak pada bahagian sisi, masih mempunya penjuru yang tajam dan kertas masih kelihatan keras.

Fine (F)
Terdapat banyak kesan lipat dan calar. Terdapat sedikit kotoran, sisi mungkin terkoyak sedikit atau terdapat lubang staple atau lubang pin tetapi tidak ditengahnya. Warna kelihatan masih elok tetapi tidak terang.

Very Good (VG)
Penjuru koyak dan tidak tajam. Warna pudar, terdapat lubang-lubang kecil, tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.

Good (G)
Permukaan koyak, mempunyai banyak kesan lipat dan calar yang kuat. Terdapat lubang-lubang tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan. Terdapat kesan contengan tulisan.

Fair (FA)
Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan.

Poor (P)
Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian besar daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan dan bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape.

Rujukan: Buku Malaysia Banknotes and Coins

copy paste dari sini

Dalam aku sedap membaca maklumat-maklumat dalam blog orang ada beberapa perkataan yang aku tak faham so dalam banyak-banyak blog aku jumpa juga makna singkatan yang diorang tulis. so aku copy paste untuk rujukan aku dan perkongsian kepada pengunjung blog ni yang tak seberapa nak ada heheheh

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons