Friday, August 19, 2011

Kenangan Raya Dulu-Dulu

Salam..

Hari ni aku nak kongsi beberapa gambar kenangan Raya beberapa tahun yang lepas aku dan isteri..
Masa ni tengah hangat,meletup bercinta kata orang putih hehehhe

Boleh bezakan betapa kedingnya aku dan comotnya kami berdua hahahha

Ada juga koleksi gambar suasana Hari Raya bersama-sama saudara mara.

rasanya tahun 2006
kalau tengok pada tarikh gambar tahun 2007..lama gak ye
tahun 2008
Tahun 2009 rasanya tahu ni takde gambar bersama. ini pun test baju je   



gabungan ahli Power Rangers hahahha


bergabung


3 sepupu terapat dan sebaya..

bila mula buat gila


bermaafan kan bagus.

generasi pelapis seterusnya
Gambar lain yang meriah ni raya tahun lepas 2010 bersama sepupu-sepupu.

Baki puasa 11 hari lagi mungkin amat ditunggu-tunggu seperti tahun-tahun sebelumnya..dimana kami akan berkumpul di rumah arwah opah dan tok (al-fatihah) yang semakin uzur dimamah waktu. Walaupun ada diantara kami yang sudah berkahwin tetapi bila tiba hari raya rumah arwah opah dan tok la jadi tempat persinggahan bertemu saudara mara.

Tahun ini bertambah seorang lagi ahli baru iaitu isteri aku..mungkin ada ahli baru lain?jeng jeng jeng kita tunggu pada hari raya nanti hehehehe.

So sempena Hari Raya nanti (dah semangat gila ni) di doakan semoga semua saudara mara aku selamat tiba berhari raya bersama pada tahun ini sama seperti tahun -tahun sebelum ni, tak lupa juga seperti biasa InsyaAllah hari kedua atau ketiga raya kita akan buat majlis tahlil macam tahun lepas. Kita penuhkan rumah arwah opah dan tok dari dapur sampai depan hehehehehe.

p/s; petang ni nak balik kampung beli baju raya tahun pertama dengan isteri huhuhu >_<

Reactions:

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons