Wednesday, August 24, 2011

Bila Agamaku Dihina

Sakit hati aku membaca setiap yang tertulis dilaman muka buku nih..
lebih sakit hati membaca hinaan mereka terhadap agamaku..


group yag menggelarkan diri mereka sebagai



APOSTATES IN MALAYSIA AND SINGAPORE


ini adalah sebab kononnya mereka mahu bincangkan

gambar dari sini


Apa yang aku nampak ianya tak lebih dari mengutuk dan menghina islam..pada awal tahun 2003 dahulu Mufti Perak  iaitu Harussani telah mengatakan kewujudan seramai hampir 250,000 orang Melayu Islam telah murtad belum mengambil kira yang tidak mengamalkan ajaran aagama Islam. Lalu kecoh la para pemimpin ketika itu mengatakan bahawa tiada isu murtad timbul..

Nah sekarang selari dengan kecangghina medium perantaraan seperti facebook,youtube golongan ini kian berani! malah ada diantara mereka berani menggunakan nama islam dalam menghina agama mereka sendiri, malah ada juga perempuan yang bertudung(ya bertudung!)turut serta!

aku bertanggapan baik bahawa mungkinkah mereka hanya menggunakan gambar orang lain serta nama orang lain dan menyamar?boleh jadi juga.

belum dikira kaum lain yang sengaja menjadi batu api! mereka dilihat mempersendakan islam dan sama disokong oleh Melayu murtad ini.

tetapi kewujudan kumpulan ini jika tidak dipantau dibimbangi suatu hari nanti akan membawa kepada kemusnahan keturunan kita suatu hari nanti..

googles lah 'murtads from malaysia' berlabak keluar link yang lebih menyakitkan hati..kata mereka mahu berdebat tentang agama Islam tetapi semuanya hanya menghina Islam..

tidak pernah seorang Islam memulakan sebarang provokasi di seluruh dunia apalagi di Malaysia tentang agama lain..tetapi agama Islam sering dihina dengan berbagai cara..Al-Quran kitab suci kami dibakar, penganut Islam dibunuh, masjid-masjid diserang. Terbaru semasa kejadian di London.


BENARLAH KATA NABI MUHAMMAD S.A.W

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

MALAH DIDALAM AL-QURAN SENDIRI DINYATAKAN


“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu’min dan tidak pula bagi perempuan yang mu’minah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.” (Q.S. Al-Ahzab: 36)

TETAPI MENGAPA MASIH MEMILIH JALAN LAIN?

YA ALLAH YA TUHANKU..KUATKANLAH KEIMANANKU..

AMIN.

MURTAD:ADAKAH KITA PEDULI?

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons