Thursday, July 14, 2011

Tanda-tanda yang Pernah terjadi dan Dilupakan

 Hari ni aku belek gambar-gambar lama..terjumpa dua tiga keping gambar dari keratan akhbar satu peristiwa yang pernah menggemparkan negara pada tahun 1992. Peristiwa 26 objek yang terbentuk dari kepulan awan. So kat sini aku merasa terpanggil untuk kongsi gambar dari keratan akhbar ni.


Laporan penuh: Shah Alam: Mufti selangor Datuk Ishak baharom,meminta umat Islam menjadikan peristiwa 200 pelajar dan guru melihat 26 objek di langit sebagai hikmah Allah.

"Objek itu memberi gambaran bahawa Allah mahu umat Islam insaf dan balik ke pangkuan agama yang kini sudah di abaikan sebahagian umat di negara ini."

"Umat Islam mesti sedar dan mengambil peristiwa itu dengan positif bagi meningkatkan usaha mencapai kecemerlangan hidup sebagaimana yang dituntut Islam"katanya.

Bercakap di sidang akhbar hari ini, beliau berkata peristiwa itu berlaku atas kekuasaan dan kebesaran Allah yang ditujukan kepada umat Islam.

Ishak berkata Allah sudah menurunkan tanda-tanda sejak dulu lagi seperti menurunkan bala di zaman Nabi Lut.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam meneruskan ibadah disamping berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam hidup seperti yang dituntut agama.

Katanya peristiwa itu juga boleh memberi hikmah kepada pelajar yang melihatnya kerana bukan mudah bagi orang biasa mengalami peristiwa seumpama itu.

"Peristiwa itu bukan rekaan atau sihir kerana pelajar yang melihatnya adalah golongan yang beriman kepada Allah" katanya.

_________________________________________________

Aku tak habiskan sebab penat nak menaip la hehehe tapi ini lah peristiwa yang pernah berlaku pada tahun 1992. petikan berita ini dari Berita Minggu, Ahad, 11 Oktober 1992











Apakah perasaan anda? semoga kita bukan terdiri daripada golongan yang lalai.InsyaAllah..

Reactions:

1 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons