Wednesday, July 27, 2011

My Memories: Once Upon A Time

Once Upon A Time...
There were a boy, a small one..sending by His Parents to the far far away from home...
The one who was Call Jepun....

Yup itu lah aku, dari kecik orang panggil aku jepun dengan niat mengejek aku...sampaikan aku rasa rendah diri sebab mata aku yang sepet nih. Tapi bila dah besar sikit hilang perasaan tu..kadang-kadang terasa bangga pun ada..

Oh aku ni ada banyak nama panggilan. budak kampung panggil aku Anak Haji, sebab ayah aku Imam Masjid. then di kampung sebelah ayah pulak panggil aku AC kononnya muka aku macam AC Mizal huahahah.

Masa Aku sekolah kat Ipoh aku guna nama A.K sebenarnya AK47 sejenis senapang yang selalu digunakan pemberontak. Tapi takkan orang nak panggil aku AK47 kan?
Lupa pulak dalam zaman sekolah menengah dulu ada yang panggil aku Abang Long sebab aku yang paling tua dan aku jugak anak sulung. Tak lupa kat IKM ada yang panggil aku ACE..so berapa banyak nama yang aku ada? hehehehe

itu sekadar pembuka bicara kali ni.

Sabtu lepas aku berada di Tapah, dalam Kem Askar tempat isteri aku mengajar dan tinggal sekarang...Petang Sabtu dalam hujan renyai-renyai aku terasa nak pergi balik ke sekolah waktu aku Tadika dulu dan aku sempat belajar sampai darjah 2 kot...dekat je dengan Kem tersebut..

Terasa sungguh gelihati dan terharu..bila tiba-tiba aku teringatkan kembali segala yang pernah aku lalui disana..bagaimana aku bermain..belajar..berkawan..makan..minum..main sungai..masuk hutan..satu persatu ianya terimbas sekelip mata walaupun sudah 20 tahun aku meninggalkan tempat tersebut.

Alamat Sekolah aku dulu
 Bayangkan sewaktu orang lain masih lagi tinggal bersama ibubapa mereka dalam usia sebegitu aku dah dihantar untuk belajar berdikari..dan disebabkan itu aku rasa aku boleh survive walau apa pun situasi terburuk aku hadapi..

seingat aku dulu tempat ni kolam ikan.
 ada dua buah kolam ikan kat sini dulu tempat kami memancing..guna dawai dan guna tali rafia je hehehehe

bangunan yang banyak berubah
 Asrama aku ada surau diatasnya..kalau masa cuti, macam2 kami main, antaranya kipas yang diperbuat daripada biji getah, laga biji getah, guli, bola, masuk hutan, mandi sungai, tangkap ikan laga...tuju getah...konda kondi..bola cop..pendek kata banyak yang aku pelajari disini.

kalau main dalam dorm, main tembak2 guna getah dan kertas yang dilipat2..pergh sakit siot..menyorok bawah katil pun ada.
dewan makan aku dulu..
 Kalau makan kat dewan makan pulak kami semua diajar makan didalam Talam..Makan secara beramai-ramai..pada mula nya kami makan berebut-rebut sebab tak nak orang dapat lebih daripada kami, tapi disinilah pengajarannya bermula..makan dalam talam mengajar kita supaya berkongsi, makan tidak berlebihan, berbahagi sesama kita dan merapatkan ukhuwah..

Mungkin ada yang berpendapat, geli la makan dalam talam nih..kongsi air tangan orang lain..tapi ini lah yang diajar..sunnah Nabi dan kalau kita teliti cara duduk untuk makan juga ada makna yang tersendiri.

papan tanda meminta menutup aurat

dah terlalu uzur tempat ni
 Kenapa aku ingat asrama permpuan ni? Sebab dibawah asrama ada kelas tempat aku belajar..tapi semuanya dah berubah..dah uzur nampaknya..seolah-olah sudah lama tak digunakan..

Asrama Perempuan..

Sesungguhnya kenangan itu semua masih segar dalam simpanan ingatan aku..satu hari nanti cerita ini akan aku sampaikan pada leluhur aku..InsyaAllah..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons