Wednesday, July 6, 2011

Macro Lens VS Budget Macro

Rasa macam dah lama tak cerita tentang fotografi
kali ni nak ceritakan pengalaman aku dalam dunia kecil-kecilan nih huhuhu

definasi macro?ala malas la nak cerita benda yang aku tak tau nih
so far sepanjang yang aku tau macro ni benda yang kecil-kecil..serangga contohnya, benda-benda still life (cincin,etc.)

apa yang menarik dalam dunia fotografi macro?

jujurnya minat aku tentang macro ni membuatkan aku mencintai alam lebih dari sebelumnya..
lebih menghargai keindahan ciptaan tuhan..dapat menikmati kecantikan yang jarang dilihat dari sudut mata kasar.

aku belajar macro secara serius bermula daripada penggunaan lens 50mm f1.8 di couple kan dengan extention tube.

hari ni aku nak ceritakan serba sedikit dari pengalaman bermain dengan alatan murah yang telah membantu aku menghasilkan ratusan gambar setanding(atau lebih kurang) sama dengan penggunaan lens macro sebenar.

50mm f1.8D adalah antara prime lens yang wajib ada dalam simpanan seorang fotografer selain menghasilkan bokeh yang cantik, bukaan aperture yang mencapai f1.8 serta ringan lens ini antara yang mendapat review yang terbaik didalam kelasnya yang tersendiri.

Pada mulanya aku beli lens ni hanya untuk mendapatkan nilai aperture f1.8 dan untuk tujuan memotret. selepas diracun(bahasa fotografer) oleh seorang sahabat akhirnya aku terjebak dan ingin lebih mengetahui keupayaan lens 50mm ni.

Perlu diingatkan lens 50mm f/1.8D dan bukan G adalah perlu dalam menghasilkan image macro yang dikehendaki kerana aperture ringnya. Apa aperture ring tu? cuba rujuk gambar lens diatas. Nombor2 yang tertera diatas lens seperti f1.8 2.8 dan sebagainya disitula aperture ring tersebut.

kenapa perlu lens jenis D dan bukan G?

Jika ingin bermain macro secara budget dengan menggunakan Extention Tube semua setting akan menggunakan mode manual. Extention tube juga terbahagi kepada dua. yang mempunyai cpu contact dan yang kosong je. So aperture ring* membantu dalam pengawalan aperture secara manual.

*Notes:DOF yang terhasil amat sempit pentingnya untuk memahami kaitan DOF dalam macro untuk menghasilkan gambar yang baik.

Diawal pembabitan Kenapa aku tidak menggunakan lens macro yang sebenar?

ada beberapa sebab diawal permulaan aku berminat dengan macro.

1. Lens macro sebenar mahal. untuk permulaan adalah lebih baik mengetahui minat korang fokus ke arah mana. sebab ramai orang akan cepat bosan.Akhirnya lens macro tersimpan macam tu je

2. Lebih mencabar,pada aku cabaran macro budget lebih sebab semuanya manual.

3. 2 dalam 1,50mm boleh guna sebagai lens potret(memang untuk itu pun sebenarnya)


Kenapa aku tukar guna lens macro pula?


1. Mempunyai lens macro memudahkan dari segi penggunaan setting dari Body kamera.

2. Juga sesuai untuk mengambil gambar Potret (aku amik contoh Tamron SP90 1:1)

3. Membolehkan kita mengambil gambar agak jauh dari subjek berbanding menggunakan E.T dan 50mm

4. Minat aku serius dalam dunia macro

5. Aku dah jual 50mm aku sebab kurang guna masa nak amik gambar

So buat masa ni,ini je yang boleh aku tulis. aku akan sambung balik nanti.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons