Wednesday, July 6, 2011

BERSIH 2.0

Ini pertama kali aku mengulas tentang sesuatu isu kritikal dalam blog nih.
apa yang bakal aku tulis hanyalah pendapat peribadi aku tanpa perlu pertikaian lebih lanjut
so aku disablekan comment untuk entry kali ni 
atas sebab tak nak berdebat lebih panjang dengan orang lain






3-4minggu yang lepas warna kuning adalah warna yang dilihat menghiasi dada dada akhbar,laman sosial dan television diikuti warna merah lawan kepada kumpulan penyokong BERSIH 2.0 yang menggelar diri mereka PATRIOT yang sama-sama akan mencetuskan RIOT barangkali hehehehe.


Ramai yang menyatakan sokongan tidak kurangan yang menyatakan bantahan.


Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0 

1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.

Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.


Persepsi masyarakat yang membantah perhimpuanan BERSIH :

~ pilihanraya sudah sememangnya bersih.
~ buktinya 5 Negeri(sekarang 4 negeri) berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat.
~ keadaan akan menjadi huru hara
~ muncul doktrin kamunisme
~ terbaru rancangan pihak yang mungkin ingin mengambil kesempatan dengan meletakkan senjata/molotov cocktail(boleh meletup ke dalam botol plastik?)

Pendapat aku?

Secara peribadi aku menyokong sebarang usaha untuk memBERSIHkan sistem sedia ada yang selama ini jelas mempunyai ketempangan. 

Tuduhan-tuduhan dilemparkan kepada penganjur BERSIH dilihat amat berat dengan penafian seperti hak berhimpun terjamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan ini menunjukkan bahawa hak ini bukan ihsan pihak berkuasa kerana ia adalah hak yang penting yang dijamin oleh perlembagaan.

Hak untuk berhimpun secara aman tambahan dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.(adalah diingatkan demokrasi bukan mutlak sepenuhnya..kita masih tertakluk dibawah peruntukan undang-undang)

Seharusnya kawalan pihak berkuasa seperti Polis contohnya memainkan peranan yang amat besar dalam mana-mana perhimpunan. Jika Polis mengawal keadaan, memastikan supaya keadaan aman tanpa provokasi mana-mana pihak tentunya perhimpunan yang dirancang akan berjalan lancar.

Tapi belum pun perhimpunan diadakan,sudah ada beberapa siri tangkapan dilakukan, sudah timbul provokasi dari pihak-pihak yang tidak senang dengan kebangkitan rakyat. sudah ada ugutan dari pihak-pihak tertentu.

Persoalannya? kenapa orang-orang ini tidak ditangkap sama? mereka mengeluarkan kenyataan berbau ugutan malah disiarkan didada akhbar sepeti contoh kenyataan daripada seorang guru silat yang mungkin tidak dapat mengawal anak-anak murid beliau daripada bertindak balas.


Nak Turut Serta?

Juga beberapa kenyataan daripada PERKASA yang ingin turut serta berhimpun pada hari tersebut. Tidak mahu ketinggalan Pemuda Umno juga dalam kenyataan Ketua Pemudanya ingin turut serta berhimpun pada hari tersebut.

Adakah mereka diluluskan berhimpun?mengapa mereka juga ingin berhimpun?
Katanya mahu menunjukkan kepada pihak lawan (BERSIH) bahawa rakyat juga menyokong mereka. Adakah terlalu dangkal pemikiran mereka jika mereka mengadakan perhimpuan bersama adakah dapat menjamin bahawa tiada kekacauan akan berlaku? melihat kepada provokasi yang pernah berlaku sebelum ini ISU KEPALA LEMBU jelas menunjukkan cabaran kepada laungan agung meraka iaitu 1malaysia. Jelas hanya sedap didengar tetapi tidak enak dilakukan.

Kesimpulan

Aku takkan pergi pun pasal aku ada hal lain  
kah kah kah..mesti bengangkan baca panjang-panjang tapi lastnya??? so tepuk dada tanya la selera. Selamat menjamu selera kah kah kah kah


Reactions:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons