Sunday, June 26, 2011

Selamat Hari Raya

Selamat hari...eh belum lagi raya ker?aku ingat dah raya..

dalam masa berbaki sebulan mungkin Ramadhan tiba sudah ada iklan mega sale raya la..

sudah ada yang sibuk-sibuk bertanya tema tahun ini warna apa..

ramai yang mengejar hari raya seolah-olah satu perayaan yang besar tanpa mengambil kira adakah sempat bertemu Ramadhan yang mulia yang dikata lebih baik dari seribu bulan.

search je dalam google hari raya 2011..

berlambak keluar iklan ,banner ,promosi or what ever..

tapi adakah iklan yang mengajak umat islam supaya bersedia menghadapi kedatangan Ramadhan?

paling teruk jualan tapak-tapak bazar yang ntah berapa perlu dibayar saban tahun.

kemudian ada pula yang mengambil kesempatan..haiya ini macam kes pun ada ke?bukannya sibuk nak tempah tempat tidur kat masjid nak buat solat malam ke..jualan pula diutamakan..

kumpul duit untuk raya pun ada? kumpul dan dibazirkan untuk hari raya? habis raya terus takde duit kasihan..

cuba la buat iklan "Pada sesiapa yang masih belum menggantikan puasa,sila berbuat demikian sebelum Ramadhan"

ada juga eloknya daripada mengajak orang membazir.

Jangan sampai satu hari nanti Hari Raya sekadar sambutan tanpa perlu berpuasa dek kerana terlalu mengejar keseronokan menyambut perayaan tersebut..


Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons