Tuesday, June 21, 2011

Pulau Pinang(Bukit Bendera-Batu Feringghi-Teluk Bahang) Part II

Hari Kedua
Khamis-02 Jun 2011

Ini baru perjalanan yang sebenar..Penang here we comes..!!!

Dari Taiping kami bergerak ke Pulau Pinang..cadangan awalnya nak pi Bukit Bendera..aku yang tak pernah sampai..Isteri aku dah berkali-kali katanya..Sebelum sampai ke Bukit Bendera terkebetulan aku nampak Masjid negeri Pulau Pinang, aku singgah untuk solat Zohor jap sebelum masuk masjid Isteri aku tanya..

"itu bukan Kak Ina ke?"
"misscall le"

Hahahah kebetulan pulak terjumpa dengan Kak Ina, kawan Isteri semasa belajar di Maktab dulu..


Kak Ina ajak kami datang rumah boleh bermalam kat sana katanya..so perjalanan diteruskan ke Bukit Bendera..
Sedikit Info Tentang Kereta Kabel Bukit Bendera

Harga Tiket Kereta Kabel (Kena tunjuk Mykad kalau 2 orang kena tunjuk 2 Mykad.)

Aksi Ala-ala Model
Taknak lepas peluang huhuhu






Nampak satu Penang wooo




Turun dari Bukit Bendera terus menuju ke Batu Feringghi pulak..Saje tengok Sunset...




Lepas singgah Batu Feringghi terus ke Teluk Bahang.

Malamnya Berjalan-jalan dekat pasar malam apa ntah..punya la panjang..ramai pelancong jugak kat pasar malam ni..
katanya nak nampak kapal

so aku bagi nampak kapal sayur nih..Towkey kedai seafood ni bagus..datang bertanya You nak makan ke?aku jawab saja nak tengok2..boleh2..amik gambar pun boleh..aku ape lagi..

lampu hiasan..antara barang yang sempat aku rakamkan (ramai peniaga tak membenarkan ambil gambar..)

Makan malam dan penginapan ditaja oleh Kak Ina sekeluarga...

Hari Ketiga
Jumaat- 03 Jun 2011

Teluk Bahang ni kalau tengok pada jalannya dah penghujung Penang rasanya..bas pun berhenti kat situ (U-Turn) kira destinasi terakhir la..

View Larger Map

Berhampiran Teluk Bahang ni ada perkampungan Nelayan dan paling best ada Taman Negara Pulau Pinang.
Seawal pagi lagi aku dengan isteri keluar berjalan kaki je nak ke Taman Negara Pulau Pinang.

Ada banyak Port yang boleh korang pergi dalam taman negara ni..ada tasik, Pantai, jambatan Gantung(masa kami pergi kawasan jambatan ditutup untuk penyelenggaraan) pendek kata tak cukup sebenarnya masa yang kami ada sebelum terpaksa check out resort. Kalau ada rezeki memang aku nak wat trip sekali lagi kesini..nak menjelajah semua yang ada..paling aku nak pergi ialah tasik meromiktik yang jarang ditemui dengan keluasan satu kilometer persegi.

Kira kalau nak beriadah dalam kawasan ni memang bagus..nak berkelah ke(tapi kena menapak jauh la) nak hiking, nak santai-santai pun boleh..jangan lupa mendaftar dulu..hilang karang sape yang tahu?

Bangunan perhilitan Taman Negara Pulau Pinang



Pintu Masuk

Aksi dalam hutan..boleh ye(kanak bawah13 tahun perlukan bimbingan ibubapa hahahah)



Orang nak masuk hutan dia boleh plak bawak hand bag..ape da..


aku yang comot.

aksi kanak-kanak riang


Dah jumpa jalan keluar..heheheh
Selepas berpenat lelah berjalan dalam hutan, kami balik nak check out then ke rumah Kak ina..katanya ada masak special untuk kami..

Layanan mesra dari keluarga Kak Ina membuatkan aku selesa terasa macam nak lebih lama disitu..tapi oleh kerana ada tujuan lain lagi kami berdua terpaksa juga bergerak..Terima Kasih kepada Kak Ina kerana menyediakan tempat penginapan dan juga makan minum..Semoga Allah merahmati Kak Ina sekeluarga.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons