Wednesday, June 22, 2011

Masjid Terapung Pulau Pinang


Masjid ini terletak di tepi pantai terkenal di Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Rekaan masjid berharga RM15 juta itu adalah gabungan seni bina tempatan dan Timur Tengah. Keindahan senibinanya berkonsepkan bentuk mutiara selaras dengan jolokan sebagai "Mutiara Timur".
Gambar Sempena Aku jalan-jalan



Ruang sembahyang utama boleh memuatkan kira-kira 1,000 jemaah dan 500 lagi di bahagian luar. Masjid baru dengan keluasan 1,295 meter persegi itu mempunyai ruang solat lelaki dan wanita serta boleh menampung kira-kira 250 kereta.
Pandangan bahagian tepi Masjid 
(menghadap Laut)

Kawasan Solat dan Mimbar Masjid


Reka bentuk kubah

Ruang Dalam Masjid
Peruntukan kerajaan pusat dan kerajaan negeri digunakan untuk melaksanakan pembinaan masjid itu. Masyarakat kampung di situ turut menyambut baik pembinaan masjid itu dan yakin ia dapat menarik pelancong tempatan dan asing. Masjid itu adalah yang pertama dibina di laut selepas masjid di Kuala Ibai di tepi pantai dan Putrajaya yang dibina di dalam tasik. Masjid itu juga dibuka kepada orang Islam dan bukan Islam yang ingin melihat struktur yang unik terutama apabila lampu dipasang pada waktu malam.
Alamat

Masjid Terapung

Jalan Tanjung Bunga
Pulau Pinang.
Waktu Operasi

Bayaran Masuk : Tiada

Pengunjung diingatkan supaya berpakaian sopan dan menanggalkan kasut apabila memasuki kawasan masjid.
Pengangkutan
Bas Rapid Penang Nombor U101


* Rujukan dari Laman Web Rasmi Pej.Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut Pulau Pinang.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons