Monday, June 20, 2011

Kuala Kangsar-Taiping Part I

Kat maner aku nak start yer?

Hurm selepas 3hari majlis perkahwinan aku reda,bila semuanya dah habis kemas. Baru la aku bercadang nak berHuneyStar bak kate Puan Sue.

Destinasi pilihan? Tak Tahu.
Aktiviti Rancangan? Tak Ada

Oleh kerana takde perancangan awal,
sebenarnya ada cadangan dari Mrs.Isteri nak ke Pulau Pangkor katanye.
tapi oleh kerana alasan negatif aku, contohnya tak boleh bawak kenderaan,terpaksa sewa kenderaan, harga pakej mungkin mahal disebabkan cuti sekolah tak leh nak jalan ke tempat lain dan 1000 macam alasan akhirnya tak jadi...hehehehe

Jadi kami bercadang nak ke arah Utara Tanah Air..
Bertolak pada petang Rabu(dah lewat) tak tahu kemana hahahaha
So destinasi semasa dalam kereta ialah Kuala Kangsar sebab nak menuju ke Taiping dengan niat nak melawat rumah Pak Long sebab dia tak dapat hadir masa kenduri hari tu.

Dah alang-alang sampai Kuala Kangsar singgah di Masjid Ubudiah (macam tak pernah pergi pulak)
shoot la barang satu dua keping gambar sebagai kenang-kenangan.

Si Comot hehehehe
Dua budak Comot



Sebenarnya tujuan aku singgah kat Kuala Kangsar ni nak mencari satu lagi Masjid iaitu Masjid Ihsaniah Iskandariah salah satu masjid yang telah diwarrtakan sebagai Warisan Kebangsaan.

Mungkin pada yang nak ke sini agak konfius dengan lokasi masjid nih.Terletak di Kampung Kuala Dal jalan Kuala kangsar nak ke Taiping (jalan lama). Masjid ni berada dalam satu kawasan yang sama dengan Masjid Al-Wahdiah aku terjumpa pun sebab terkebetulan memang itu jalan yang patut aku lalu nak ke Taiping dan memang nak singgah solat Mahgrib. Aku sempat shoot dua tiga keping je sebab dah gelap dan segan dengan orang kampung yang tengah tunggu untuk solat Mahgrib..






























Lepas solat Mahgrib je perjalanan aku diteruskan ke Taiping..tempat kelahiran aku...

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons