Friday, June 17, 2011

Kamera Antara Minat Hobi Dan Kesenian

Ramai yang beranggapan aku ni minat kamera baru lagi.
Ya dan Tidak!

Kenapa? Sebab kalau ikutkan sejarahnya minat aku dengan fotografi dah lama
fotografi lebih kepada seni cahaya bagi aku(baru sekarang pandai seni cahaya)
masa skool dulu walau pun aku amik sains stream still aku tambah subjek seni
minat dengan grafik tapi ayah aku tak galakkan sebab dia nampak peluang kerja dalam dunia sebenar kurang.
(aku kurang bersetuju dengan ini)

minat dengan komik,disebabkan minat dengan lukisan..
aku sendiri minat melukis walaupun lukisan aku macam cakar ayam
Main game kerana grafik yang cantik..kira memang minat aku la
segalanya berkaitan seni(kononnya)

belajar dulu  pun amik senbina
so kerja sekarang pun jawatannya saje ade kena mengena dengan seni
Pelukis Pelan.

Berbalik kepada seni cahaya(alatnya ialah kamera)
yang cantik itu terhasil dari pandangan kesenian.
betul tak?ke tak betul?
ilmu fotografi ni banyak mengajar aku
memberi peluang menjana pendapatan tambahan(wedding)
menambah kawan (dari dalam forum)
menambah musuh(yang ni ntah la ade ke tak wakakaka)

actually minat ini bukan sekadar lahir dari kehendak tapi mungkin juga mewarisi dari ayah.
or mungkin jugak Datuk aku.
Datuk aku sukakan kesenian..suka melukis..

kalau diimbas kembali..ayah jugak seorang yang minat dengan kesenian,
seperti muzik  dan lukisan(cerita lama)
dari gambar-gambar lama ayah
memang tahu dia pandai main gitar,
melukis dan dulu dia mengumpul majalah komik Gila-gila!

sesuatu yang memang tak tumpah kemana..
sepupu aku jugak rata-ratanya minat dengan semua nih..

Ayah jugak ada beberapa koleksi kamera(dah tak leh guna)
pernah dulu ayah hadiahkan pada aku sebuah kamera filem
tak guna bateri..sayangnya aku hilangkan masa aku tingkatan Tiga sob..sob.sob..

aku juga ade satu kamera jenis Olympus Trip 505
sejenis kamera automatik filem..
boleh diktakan kamera kedua aku.
sampai sekarang aku masih menyimpannya
rasanya masih boleh guna

tapi dah tak praktikal..nak guna kamera tu kena guna paling kurang bateri Energyzer
2biji bateri jenis ni brape RM?
filem brape RM?
cuci lagi brape Rm?

so kalau ada yang cakap aku baru je minat dengan kamera jawapan aku salah.
even kalau hp aku sendiri mesti kena kamera yang ada MegA PIXEL yang tinggi.

sekian.noktah.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons