Tuesday, June 28, 2011

Israk dan Mikraj


Salam

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Antara peristiwa terbesar dalam sejarah umat Islam ialah peristiwa Israk dan Mikraj dimana Nabi Muhammad S.A.W diangkat ke langit dengan menaiki Buraq 

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' :
Maksudnya :" Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."


Bulan Rejab telah mencatatkan suatu peristiwa penting yang telah berlaku terhadap diri Rasulullah s.a.w iaitu Isra’ dan Mikraj di mana melalui peristiwa inilah maka umat Islam diwajibkan agar mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Isra’ yang merupakan perjalanan nabi pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa manakala Mikraj pula merupakan perjalanan nabi dari Masjidil al-Aqsa ke langit tertinggi di mana peristiwa ini yang merupakan antara mukjizat nabi Muhammad s.a.w telah berlaku terhadap tubuh dan ruh Rasulullah s.a.w bukannya secara ruh sahaja sebagaimana pendapat sesetengah golongan. Jika melihat kepada maksud diperjalankan hambaNya di mana erti hamba itu sendiri ialah tubuh dan ruh bukan ruh sahaja disamping perjalanan ini ditemani oleh malaikat Jibril dengan menaiki Buraq di mana jika perjalanan itu hanya dengan ruh sahaja maka tidak perlu kepada binatang tunggangan. Malah nabi Muhammad s.a.w turut dibelah hatinya untuk dibersihkan hatinya dengan air zam-zam yang menambahkan lagi keyakinan bahawa peristiwa Isra’ dan Mikraj ini berlaku terhadap tubuh dan ruh nabi.

 Antara pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa bersejarah ini ialah tentang siksaan ahli neraka yang telah diperlihatkan kepada nabi Muhammad s.a.w semasa dibawa melawat neraka. Antaranya siksaan terhadap orang yang meninggalkan sembahyang di mana mereka memecahkan kepala mereka sendiri. Ini merupakan suatu amaran yang keras agar kita dan keluarga kita  serta masyarakat sekitar dapat menjaga sembahyang dengan baik terutama pada hari ini ramai di kalangan umat Islam tanpa segan silu meninggalkan sembahyang dengan pelbagai alasan termasuk kerana terlalu sibuk dengan kerja.

 Nabi Muhammad s.a.w turut diperlihatkan bagaimana golongan penzina yang bertindak memilih daging yang mentah dan busuk berbanding daging yang telah masak dan baik. Ini memberi peringatan kepada kita agar sentiasa menjauhi sebarang pintu dan punca yang membawa kepada zina.

 Nabi turut melihat bagaimana siksaan terhadap mereka yang tidak menunaikan zakat di mana mereka dihalau seumpama binatang dan kemudiannya mereka memakan buah Zaqqum daripada bara api neraka yang begitu panas sehingga hancur tubuh mereka. Oleh itu tunaikan zakat kita samada zakat fitrah, perniagaan, harta, tanaman, pendapatan dan selainnya sehingga harta kita benar-benar dapat dibersihkan daripada harta hak orang lain. 

Seterusnya Rasulullah s.a.w melihat bagaimana orang yang tidak menunaikan amanah dipaksa mengangkat seberkas kayu di mana walau pun tidak mampu memikulnya tetapi dia tetap menambah bilangan kayu itu. Ini memberi peringatan agar kita tidak terlalu mengejar pangkat dan kedudukan kerana ia merupakan suatu amanah yang besar.



~antara pengajaran yang semakin dilupai..malah inilah pesanan dari 1400tahun yang lalu..~


Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons