Wednesday, June 15, 2011

Batal Air Sembahyang

"Pelik pun ade..kita nak sentiasa berwudhuk tapi ade pulak majlis batalkan wudhuk". itu cakap ayah aku secara berseloroh hehehehe..

tapi betul jugak cakap dia cuma bila seorang lelaki yang baru sahaja selesai bernikah selalunya akan ada upacara menyarung cincin ke,rantai ke gelang tangan ke yang mana secara tak langsung akan berlaku sentuhan diantara pasangan pengantin lelaki dan perempuan. 

So terbatalla wudhuk tersebut bila bersentuhan ni..tapi itu la bila dikatakan nak batal air sembahyang semacam pelik disebabkan kita sepatutnya nakkan keadaan sentiasa berwuduk tu. 

Apa pun selagi tak melanggar hukum syarak takde masalah pun sebenarnya..Ayah sendiri tak melarang huhuhu. Kalau nak mengikut mazhab lain menyentuh isteri/atau perempuan bukan mahram tidak terbatal wudhuknya melainkan terbangkit syahwat pada ketika itu disebabkan sentuhan tersebut. Aku tak nak ternagkan panjang lebar tentang percanggahan pendapat mazhab-mazhab imam lain sebab bukan bidang aku yang cetek ilmu agama ni. 

So kalau nak tahu lebih lanjut, sila belajar secara berguru..selalu hadir kuliah agama..jangan sekadar cari maklumat dalam internet takut tersalah faham maksudnya.


Ayah dah tak peduli dah apa jadi..Sedap ke? eh Tok Kadi pun ade? hehehe

Ummi, Mak Uda dengan Mak Ngah,tengok Ummi senyum je..Seronok ke dapat menantu anak perempuan?

Ada sedikit terketar-ketar sebenarnya tapi cover dengan senyuman.

Isteri pulak sarungkan cincin(tanda DIa aku PUNYA)

Dengan adik-adik yang happy..Sorry Farhan sebab ko ambil gambar so takde gambar ko(risiko fotografer)

Hasil dari pengantin lelaki sendiri

Mak Uda yang nak merakamkan kenangan terindah bersama kami berdua.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons