Monday, April 11, 2011

Kursus Induksi Khusus

Isnin:aku akan melaporkan diri untuk menghadiri kursus induksi khusus di APBM Tronoh untuk tempoh seminggu..rasa macam best pulak pergi kursus ni..walaupun tak pernah pergi..mungkin sebab tempatnya dekat dengan kampung aku.

Kursus ni untuk pengesahan jawatan aku dalam tempoh percubaan setahun ke tiga tahun seperti yang telah ditetapkan tapi sepatutnya aku kena kursus selama dua minggu termasuk kursus Induksi Umum tapi kursus tu ditangguhkan..jangan dia buat time aku nak kahwin dah la..tak pun elok pas aku kahwin..sungguh tak best kalau camtu.biar lah dah sebulan dua kahwin.

Last week exam lagi,dah masuk kali kedua amik exam nih..dah macam bengap sangat pulak rasanya..dah la ABC,open book pulak lagi,tapi terkantoi..

Ada peristiwa yang agak menarik berlaku kat tempat exam, aku menyangkakan terserempak dengan kawan aku dari  Perlis,jenuh la aku miss call dgn mesej,tapi dia cakap bukan dia..aku yakin aku nampak seseorang yang aku kenal..mungkin jugak aku kenal tapi salah orang..hahahaha...

apa pun aku berharap segalanya akan berjalan lancar, hujung minggu ni pulak kenduri kahwin kawan lama rasa tak best pulak kalau tak datang so aku merancang aku nak lari sekejap balik ke area rumah nak pergi jugak kenduri kawan aku tu.lagi pun jaraknya dekat je..setengah jam dari kampung aku.

p/s:thanks pada kawan office aku Yusmizan Yunus sebab bagi aku pinjam kereta..memang amat2 memudahkan urusan aku.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons