Tuesday, April 19, 2011

Countdown Seorang Lelaki

Tup Tap Tup Tap tinggal 37 hari lagi countdown untuk majlis Pernikahan itu pun jika Tok kadi cakap ok pada tarikh pilihan kami nanti. Segala urusan rasanya dah masuk fasa ke tiga dengan segala persiapan cuma menunggu hari,menghantar kad jemputan,menyiapkan hantaran bla bla bla...

Aku serahkan segala persiapan kenduri kendara kat parents aku,ayah aku yang tengah sibuk bertungkus lumus menyiapkan pengubahsuaian rumah di kampung..dari sekecil pondok sampai ke sebesar mahligai...wah mahligai ye..ye la rumahku syurgaku kan?harap-harap ayah dapat siapkan ape yang dia rancangkan..

gambar sekadar hiasan hehehehe



Mak aku pulak tak habis-habis nak ber shopping menggantikan langsir,menambah koleksi pinggan mangkuk,sudu,garfu,kuali dia dengan alasan kukuh:"Senang nak guna masa kenduri nanti" rezeki aku nak kahwin hehehe


Adik-adik aku rilek jer..tapi yang paling bongsu tu macam tak sabar pulak nak dapatkan kakak seorang lagi..mungkin senang dia nak buli or nak berkawan :P

Kata seorang kawan :Nanti ko akan rasa macam diawang-awangan masa berdepan dengan Tok Kadi so kena maintain cool..aku rasa nanti tangan Tok Kadi tu mesti berpeluh basah. bukan peluh dia tapi peluh aku huahahaha. duk berfikir pasal ni pun dah buat aku sedikit gabra apa lagi keadaan sebenar pada masa tu nanti. Aiseh....

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons