Tuesday, March 8, 2011

RE-union KAMI

4hb Mac 2011

Bertahun-tahun sudah selepas bertemu dan berpisah..Hari ini menanti kelibat sahabat-sahabat yang dalam perancangan ingin bertemu. 3.30am Azuan aka Mamu Wan sampai dari Penang.

5hb Mac 2011

Semua kalut nak berkumpul di rumah Deli,Cheras ke Bandar Tasik Permaisuri?hahahaha baru la aku tau dekat sangat rumah diorang nih dengan tempat yang aku selalu lepak setiap hari Jumaat pukul 9.00pm Q-Bistro..

Terlampau excited bila muncul wajah-wajah yang selama ini telah hilang dari pandangan hahahah ..Meira,Angah, Azfar, Deli, Ijat, Shahir, Nawei, Azuan dan Ady...kalau boleh nak aku peluk sorang2 termasuk bunga dua orang tu huahahaha( jangan marah ye Yan gurau je)

Semua berkumpul kerana majlis perkahwinan Linda dan Iskandar di Taman Warisan,Putrajaya...
Kalau ikutkan semua dah terlewat,maklumla bukan mudah nak mengumpul budak-budak ni semua,masing-masing ade je halnya..sampai pun memang terlewat gile Linda dah naik pelamin pun tengah bersanding..takde banyak cakap aku terus shoot majlis..kenangan-kenangan ni jangan dilepaskan kena rakam.

Tapi aku tertanya-tanya kenapa takde kameramen  pun..takkan mamat yang pakai Canon takde flash gun tu official kameramen? Bukan la tak boleh amik gambar guna flash body tapi ini kan majlis besar orang..rupanya kameramen cancel last minit..kesian Linda..saat2 bahagia dan menarik ni sepatutnya tersemat kemas bukan sekadar dalam memori tetapi dalam album yang cantik..
Suasana amat cantik,menarik sangat tapi sayangnya kameramen yang tak beretika cancel masa make-up!


So i think this maybe next couple sit at the "Pelamin"



Aku syorkan Linda ko saman je orang tu!


Aku nak buatkan seisi outdoor tapi Meira pulak nak balik awal..4.30pm dah nak gerak dekat Pekeliling..so sorry Linda tak dapat nak abadikan saat manis korang berdua..ko nak marah kena marahkan Meira hahahaha

Sampai Pekeliling pun tak sempat nak ucapkan selamat jalan pada Meira,dia kalau boleh nak terbang sampai ke sana..katanya terpaksa balik sebab kena meniaga..ye lah kami faham walaupun tak berapa nak faham huhuhu..

Program tak tamat disitu..lepak dulu minum-minum kat Duta..merancang what next?..Bowling la, Wayang la, Karoeke la..tapi yang penting balik mandi dulu..balik tukar baju dulu...

masa berlalu amat pantas..terlalu pantas! memang tak sedar langsung dah pukul 9-10malam..rancangannya ialah berkaraoke sampai pecah tekak!..so kitaorang gi Kepong..yang kelakarnya Ady a.k.a Mamu Ady bawak jalan dari BATU Caves ke Kepong Melalui Damansara sedangkan Batu Cave ke Kepong bukan jauh sangat..tapi ikut jela bukan aku yang drive...aku duk sebelah je..

sampai pukul berapa kami karaoke aritu yek aku rasa mau dekat kul 2pagi baru habis..pastu semua balik rumah masing-masing nak tidor dan esoknya.....

6hb Mac 2011.

pukul 11 pagi baru la terjaga..penat malam semalam tak habis lagi..best betul..


Hari ni nak memenuhi undangan Majlis Perkahwinan Habibah(BiB) dengan Khairul..hubungan diorang nih dah bermula dari IKm dulu lagi Alhamdulillah umur dan jodoh Allah tentukan mereka membina ikatan bersama..

Jumpa pulak Bob kat sane..makin berisi..sama macam aku, Eila datang bersama keluarga dan dua orang anak yang comel..amat comel..putih gebu macam mak dia..aku ni pantang jumpa budak comel mesti nak cubit pipi tu..







Lepas dari kenduri rumah Bib kitorang merancang main bowling pulak di One Utama..part yang ni aku malas nak cerita sangat hahahaha asyik masuk longkang..dan dah tentu aku yang last sekali..markah rendah nak mampos..tipsnya jangan baling kuat sangat..aku terpaksa kawal kekuatan aku pada setiap balingan,so memang tak puas..tapi yang bestnya dapat satu strike..semua orang dapat satu strike je takde yang dapat dua tiga strike..takpe lain kali main aku pastikan yang aku akan menang pulak.(Korang tunggula)



habis main bowling terus pergi SS2 nak makan kat situ..satu kedai makan cina Murni namanya..tapi ramai pulak Melayu yang makan,mulanya aku konfius gak tapi sebab Nawei kate ok aku pun ok je la..sedap gila makanan kat situ..air yang aku minum pulak Manggo campur Laici campur Tembikai. Sedap gak air campur-campur nih.

So mula la dah terasa masa untuk berpisah makin hampir..lokasi terakhir pergi untuk hari ni ialah Downtown Cheras..asalnya nak berjalan-jalan dulu tapi sebab ramai yang penat kami minum je sambil transfer gambar-gambar.

Akhirnya jam 12.00malam menghampiri....saat pertemuan tak lengkap tanpa perpisahan dan ini lah masanya..melengkapkan pertemuan tersebut dengan perpisahan yang pasti berlaku..harapan aku akan ada lagi lain kali..akan ada lagi pertemuan seperti ini..bersama-sama mencipta memori terindah dalam hidup yang singkat..InsyaAllah..mudah-mudahan..

Kepada Linda dan Iskandar, Bib dan Khairul semoga pernikahan,perkahwinan kamu diberkati Allah sentiasa,semoga kamu berada dalam rahmat Allah hendaknya dan SELAMAT PENGANTIN BARU.

kepada sahabat semua..maafkanlah jika dalam masa dua hari ni ada berkasar bahasa,bergurau senda yang terlebih,makan minum,penat lelah dan segalanya harap dihalalkan dunia akhirat..yang mana tak sebut nama tu sorry la bukan terlupa tapi tak ingat je..

ha satu lagi bila masa pulak Manjoi dah bertunang?ni nak kena nih..tak bagitau!

NEXT! jumpa semua di Majlis aku pulak InsyaAllah..simpan tarikh ni 27-29hb Mei 2011

Semua Gambar kredit kepada Azfar dan Ady dan aku sendiri hahahahaha


Anak Eila yang comel






Nawei bila lagi?

Jauh panggang dari bontot kuali hahahahah







Reactions:

1 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons