Wednesday, March 30, 2011

Pesan Ustaz

Salam:

Sabtu Ahad lepas ustaz Azhar Idrus datang memberi kuliah di Kuala Lumpur tapi aku tak dapat nak menghadirkan diri sebab dah berjanji dengan Mrs.tunang nak balik beli barang kahwin. Oleh kerana tak dapat hadir aku berpesan pada seorang kawan sepejabat untuk menyampaikan salam pada beliau.

Hari ni: 30/03/2011

Member aku cakap
"Aku ade bende nak cakap ngan ko ni,nak sampaikan pesan Ustaz"
"Ustaz cakap jangan la tulis macam tu dah dalam blog orang lain boleh baca,buat malu jer"

Sebenarnya pesan Ustaz tu merujuk kepada satu entry blog aku yang paling hampeh sepanjang hampir dua tahun menulis dalam blog ni.

Hari tu memang aku marah sangat sebab ada orang ungkit cerita tentang seorang budak yag selama ni menjadi duri dalam daging aku. Sentiasa mencari masalah dan terus menjadi masalah. Aku ingatkan ceritanya dah habis rupanya dia lebih suka mengaitkan orang tu dengan kehidupan aku sekarang. Sebenarnya tak perlu langsung diungkit lagi siapa orangnya dan kaitan dia dalam cerita sekarang tapi agaknya tangan tu tetap teringat sebab dalam hati masih lagi memikirkan dia, jadi masih mahu ada kaitan dengannya.

*Masih lagi belum ditebus sumpah tersebut.

Terima Kasih Ustaz sebab singgah baca blog ni.Terima Kasih sebab tegur dan nasihatkan saya.
Selalu sangat biarkan diri ni terbawa-bawa dengan kemarahan.

*tapi yang tak bestnya disebalik cerita ni,ada yang menyampaikan..bila dengar part ade yang menyampaikan tu la yang buatkan aku rasa syak wa sangka..siapa pulak yang jadi tukang sampai?sebab aku memisahkan dua dunia antara forum,facebook,blog dan diri aku sendiri. Secara tak langsung ada perlanggaran hak aku kat situ.Aku tak campurkan urusan forum dalam kehidupan sebenar.apa yang jadi kat forum takde kena mengena dengan aku.

Dalam facebook ini kena banyak berhati-hati sebab dalamnya semua orang ada. Saudara,adik beradik,kawan-kawan forum,kawan sekolah dan yang tak dikenali. Kadang-kadang tulis "aku nak pergi berak" pun tak leh..sedangkan ikut suka la nak tulis apa wall aku kan?

Bukan bermakna kalau dah berkawan tu boleh terus main langgar je..hormati hak orang orang akan hormati hak kita.Cuba kalau aku jadi tukang sampai dan cerita yang aku sampaikan tu berkaitan dengan orang yg menyampaikan tadi..agak2 apa perasaan dia?

So tepuk dada tanya selera...jangankan sampai kalau korang bermusuh dengan A orang lain pun kamu nak bermusuh dengan A.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons