Monday, March 21, 2011

The 3rd Hot Air Balloon Putrajaya 2011

Sama Seperti tahun Lepas acara tahunan ini berlangsung di Presint 2 Putrajaya berhampiran Monumen Alaf Baru dan Masjid Sultan Mizan a.k.a Masjid Besi.

Mempunyai 24biji/buah Belon Udara Panas untuk dipertontonkan kepada umum..disamping itu ada acara-acara lain disekitar Pameran tersebut. tapi dah tentu tumpuan utama ialah kepada Belon udara Panas. 4 hari pameran berlangsung tapi aku cuma pergi sehari je sebab Pameran bermula dari hari Khamis(hari bekerja).

Khamis dan Jumaat masa pergi kerja dah nampak belon-belon ni kat udara..pemandangan yang amat menarik bagi aku..tapi tak boleh singgah tengok sebab nak kejar punch card..hahahha

Maka berjanjila dengan kawan-kawan Fotografer yang lain kononnya nak pergi seawal pagi jam Sepuluh Pagi.tapi oleh kerana masing-masing ada perancangan lain/tak diduga maka aku cuma pergi dengan kawan-kawan lama aku itu pun waktu petang.


Seperti biasa kalau sebelah petang pasti hujan,selalunya belon udara panas ni memang takkan dipasang dalam keadaan angin kuat dan hujan..yela diorang naik tu ade orang kira merbahayakan pilot belon tu pulak.

Memang letih menunggu,berdiri dan bersesak dengan pengunjung lain di bawah khemah disebabkan hujan. Ada juga pengunjung yang bodoh datang dengan haiwan peliharaan,sekor anjing yang comel tapi amatla bodoh tuannya disebabkan bawak ke tempat public..sepatutnya pengunjung tersebut maklum bahawa majoriti penduduk setempat dan pengunjung lain yang hadir ialah orang Melayu Islam. Kan Haram Jadah namanya tu.


Jam 6.30 Petang baru la hujan berhenti dan tanpa membuang masa diorang terus  bersiap sedia nak terbangkan Belon-belon nih. ceh apasal aku citer macam reporter nih? hahahaha

so ade beberapa gambar je yang menarik perhatian aku dapat di snap pada masa tu.

 Sedih
 Gembira
 belon ni nak kena tumbuk dengan aku kot pasal tak reti senyum hahahaha

Satu-satunya gambar yang aku suka: masa aku pergi kerja aku ada nampak belon ni dari jauh,aku tengok eh mana bakul dia?apsal ada orang yang macam tergantung tu?kaki aku punya la ketar,terasa gayat bila tengok..rupanya memang pilotnya duduk atas kerusi jer, takde bakul..buat aku suspen jer.

Gambar ni memang edit gila-gila..nampak macam dapat ide plak ting...atas kepala aku! Hahahahah!

Reactions:

1 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons