Tuesday, February 22, 2011

Tension..

tak tau la nak cakap macamana tapi aku ni dah tension tahap Ultraman Tiga dah ni..
aku tension dengan kerja?tak sangat tapi perangai orang yang bekerja..punya la pemalas sedangkan bukan aku yang jaga benda tu sampaikan mencari alamat yang memang ada dalam buku dan fail pun suruh aku .. 

kenapa nak berkira sangat?

Bukan soal berkira atau tak tapi ini soal tanggungjawab..kerja separuh jalan..lainla kalau dah tak mampu nak cari sangat..ini senang je tulis atas kertas "Faiz tolong bagi alamat penuh" apahal la malas sangat nak cari dalam buku alamat?apahal la malas sangat nak selak alamat dalam fail tu?


Kat rumah pulak tension dengan jiran yang macam haram jadah..aku pelikla asal kul 12.00 malam mula bunyi seperti menumbuk sambal berlaku betul-betul diatas ruang bilik aku..jiran sebelah pulak tak boleh nak tidor kalau tak pasang lagu kuat-kuat..aku risau takut aku mengamuk nanti dia mati,or kalau aku pulak yang diamuknya aku pulak yang mati..selebihnya cara dia aku lawan balik pasang lagu kuat-kuat..tapi tindakan aku seolah-olah taraf pemikiran aku sama je dengan dia,,bodoh sengal dan bangang!

aku ingat nak buat setiap kali bila dia bukak je lagu kuat-kuat aku akan bakar kemenyan..biar dia ingat aku nak buat something..kalau tak Lut gak aku nak cari colok sembahyang cina pulak..kalau masih tak jalan aku nak try bakar ..ape yang orang india selalu bakar tu

kalau la yang duduk berjiran dengan aku nih orang muda remaja,bujang macam aku ok la..tapi ini yang dah berkeluarga..tak tau la camne anak bini dia tidor..aku dah pernah mengamuk sekali..aku terajang dinding dan suruh dia diam tapi dia carutkan aku balik..sedangkan sepatutnya aku yang mencarut kat dia..

ade jalan penyelesaian terbaik?nak ketuk pintu..bagi salam "abang boleh tak perlahankan radio abang yang tak sedap tu?"

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons