Monday, February 28, 2011

Antara Salam Dan Assalamualaikum..

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya





OPS ............tunggu sekejap sebelum ramai yang menyebarkannya.. 

ini jawapan aku pulak: 

Abdullah bin Amr RA mengisahkan bahwa seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Rasulullah SAW menjawab: Berilah makan orang-orang dan tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kamu saling mengenali ataupun tidak.” (Sahihain)

maksud salam disini ialah ucapan "Assalamualaikum" tetapi kenapa disebut perkataan salam juga? dibaca juga "salam" tetapi tetiba diterjemahkan "selamat tinggal".

walaupun hujah mereka mnggunakan ayat ini

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

sebenarnya bahasa arab terutama bahasa Al-Quran kadangkala membawa dua maksud.

dulu penggunaan "A'kum" dipertikaikan sebab membawa maksud adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

sedangkan selalunya niat menulis A'kum adalah "assalamualiakum".

sekarang Salam pula..ramai yang mentafsirkan ayat al-QURAN SECARA MEMBUTA TULI

jadi bagaimana dengan ayat ini?

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (59:23)

As-Salam adalah salah satu dari 99 nama Allah bermakna Yang Maha Selamat Sejahtera.

kita juga bila berselawat "Ya Nabi Salam Alaika, Ya Rasul Salam Alaika"

bermaksud :"Selamat Sejahtera ke atas Nabi,Selamat sejahtera ke atas Pesuruh Allah."

bukannya "selamat tinggal Nabi,selamat tinggal Pesuruh Allah"

ramai orang menyebarkan sesuatu yang mereka tidak arif..dan tidak mustahil ini juga adalah rancangan halus orang2 kafir sendiri kerana menimbulkan perbalahan perkara remeh. Ramai yang tidak mengetahui bahawa orang-orang yang anti hadis juga mencipta hadis yang mengelirukan umat iislam

sebagai contoh : hadis mengenai manfaat pada malam-malam sembahyang terawih..ianya adalah hadis palsu..bertahun-tahun ianya disebarkan dan ada antara Ustaz2 sendiri mempercayainya.

sumber rujukan: http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

apa yang kita boleh pelajari sekarang,hari ini ramai yang tidak faham tentang Al-Quran dan tidak mahu mempelajari tafsir Al-QURAN..Wallahualam..

p/s:ini adalah tafsiran dari sedikit pembacaan aku dalam tafsir Al-Quran..cuba la search google tu..apa maksud SALAM dalam BASAHA ARAB..


 aku sediakan link yang menyokong apa yang aku cakap.http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150147697891719&id=1222273047 

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons