Thursday, January 27, 2011

Forest Research Institute Malaysia Kepong (FRIM)

 Sempena cuti Thaipusam baru-baru ni seorang sahabat dari forum Digital Mukmin Mohd Hanif aka Mat Anih ajak aku untuk menembak sekitar kawasan Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Kepong. Aku yang sememangya dah lama berhajat nak kesana teruja bila dah sampai FRIM, belum parking kereta lagi aku dah teruja tengok beberapa orang fotografer mengambil subjek macro..nampak juga kelibat fotografer asing..mesti geng-geng pro nih..



 Bila parking jer kereta seperti biasa la terus settingkan kamera dulu..perkara yang aku tengok ialah setting ISO yang selalu aku terlupa nak betulkan. Selepas daripada tu berkira-kira nak pasangkan lens ape..walaupun tujuan utama nak main macro tapi landskap di FRIM memang cantik so takkan nak tengok je kan?
 ini adalah beberapa subjek macro yang sempat dan boleh dirakamkan sepanjang berjalan merentasi hutan dan bergerak melalui sungai kecil..Walau macamana pun aku sedikit tak berpuas hati dengan subjek yang kurang untuk di shoot berbanding dengan kawasan Air Terjun Kemensah.

 Sejenis Weevil juga barangkali,menambahkan perisa dalam perjalan di FRIM serangga yang jarang dijumpai oleh aku..inilah sebab kenapa aku sukakan macro,dapat meneliti spesis yang jarang aku lihat dan dapat melihat dengan lebih dekat lagi subjek-subjek tersebut
nama saintifik Weevil nih adalah Sphenocorynes ocellatus..dapat dari seorang otai macro..
 Bagi aku inilah gambar killer yang aku dapat pada hari tu,seekor cicak yang comel yang tak lari bila aku datang nak shoot..dia ada la lari sikit tapi aku ambil balik dia letak tempat yang senan aku nak shoot..

 Asyik serangga je jadi aku cari subjek lain macam bunga yang kecil ni











 
 Ini pulak Subjek menarik disitu seekor Mantis aka mentadak mentadu yang mungkin hanya beberapa mm sahaja sizenya.sangat-sangat kecil.



Man behind the camera:sebelah kanan Mat_Anih dan kiri Aku



eh mane gambar landskap kat situ?
ade la satu dua keping yang aku shoot supaya takde la terase sangat tak bestnya kerana kecewa dengan subjek Macro kat sini..hehehehe


yang dah di HDR kan..

 Tangga? yang digunakan untuk naik ke atas.


 Rumah contoh Terngganu?


Saje-saje sebab namanya HUjan-Hujan: seorang pemandu arah pelancong membawa seorang pelancong luar dan menerangkan pada dia "this is what we call Hujan-Hujan mean Rain-Rain " hehehehe
Eh betul ke apa yang dia cakap?Rain-Rain? apa-apa je la :)

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons