Friday, December 17, 2010

Sabah & Sarawak Part II

Sambung balik cerita trip aku ke Sabah dan Sarawak..hehehe(trip konon..padahal urusan kerje)
kali ni cerita aku ke Sabah pulak..Kota Kinabalu adalah ibu negeri yang pesat membangun dipenuhi dengan pelbagai prasarana yang menarik..walupun sama situasinya di Semenanjung tetapi ada terasa kelainan dalam suasana bila berada ditempat baru..

Aku bertolak dari Miri ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat Mas Wing..sebuah kapal terbang kecil dengan kipas yang jelas kelihatan,amat menyeronokkan bila peasawat tersebut terlanggar dengan awan..dalam kepala dah terbayangkan macam2 kalau terhempas,kalau terjunam kat laut..ish ish ish..

Cuaca pada petang tu tidak berape baik dan perjalanan sedikit terganggu dengan pelanggaran awan-awan,kita takkan nampak air hujan menitis kat tingkap sebab kapal terbang bergerak dengan kelajuan beratus km sejam..

Sesampainya penerbangan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu,KKIA. panorama matahari terbenam menyambut kedatangan aku..
tak nak melepaskan peluang golden hour di Kota Kinabalu

Pemandangan udara KK





Sebelum ke hotel kontraktor bawak aku pi makan seafood kat sane..sedap betul dan pengalaman pertama aku makan siput tarik,selalunya siput sedut..siput ni kena tarik dan kalau tak dapat tarik boleh cungkil dengan kayu pencungkil cam kite bersihkan gigi...tengok cara makan siput ni..aku copy paste dari blog org lain..mase tu dah tak ingat pasal nak amik gambar sangat..


*gambar dari blog orang

tapi ade juga aku sempat amik beberapa keping gambar bahan makanan hidup cam ikan batu,udang lipan..
nanti la aku upload gambar lain..

waktu malam aku gi pasar malam nak mencari mutiara Sabah. nak jadikan cenderahati..dalam pusing2 ade gak berhajat mencari baju tapi tak jumpa plak

Reactions:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons