Monday, November 1, 2010

Hutan Rimba Ampang

Salam..

Semalam (Ahad 31.10.2010) aku pergi melepak kat Hutan rimba Ampang,minggu sebelumnya ade gak pi tapi elok jer sampai hujan turun dengan lebat so kiranya semalam nak balas dendam la..

Nak masuk kena bayar RM1 sorang..kanak RM0.50,aiseh kena bayar ker?
Yup kena bayar..walaupun RM1 tu macam mahal sebab nak menikmati alam keindahan ciptaan tuhan bukan ciptaan manusia,tapi bagi aku ianya memang perlu disebabkan tempat ni menyediakan kemudahan yang selesa,ada surau,tandas awam,tempat nak salin pakaian,taman permainan kanak-kanak,dan paling penting nak bayar upah orang kutip sampah kot.

Yela disebabkan perangai segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab,buang sampah merata,lampin pakai buang pun aku tengok dibuang selamba atas tempat permainan kanak-kanak! memang tak senonoh campur bengong la..tong sampah disediakan punya la banyak..

Masa aku pergi dalam pukul 10.30pagi memang tengah tak ramai orang lagi..air pun jernih sangat..kira tempat nih memang best gak la..tapi bila dah mula ramai orang air jadi sedikit keruh..sungai kat Hutan Rimba Ampang nih tak dalam pun...

Tak payah banyak cakap tengok gambar dah la yer..


Antara gambar makro yang aku ambil kat sini



Maklumat lanjut korang leh gi sini

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons