Wednesday, November 24, 2010

Everything seem so worse

23hb 11 2010 haiyo ade kursus selama 3hari di Menara PJD salah satu ibu pejabat JKR,sepatunya kursus tu bermula dari 23hb-25hb dan tujuan aku minta kursus ni selain dari nak belajar perkara baru aku nak mencukupkan kuota 7hari berkursus bagi kakitangan kerajaan..

Sebelum daripada ini aku dah pergi kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan selama 3 hari,kursus kahwin di Banting dan sehari kursus bacaan Al-Quran..makanya dah 4 hari dan tinggal lagi 3 hari.
Tapi bila aku dah sampai Menara PJD..dah berdiri depan bilik kuliah kursus yang sepatutnya diadakan kat situ..aku cuma nampak ada 2orang ..aku terfikir mungkin awal lagi..tapi rasanya dah nak dekat 8.30pagi ni..takkan kami bertiga jer..

aku pun tertanya-tanya la dan mencongak seperti orang bodoh sekejap...

"Assalamualaikum"

"Dekat mana bilik Latihan Saga?"

"sini"jawab salah sorang yang aku kirakan sebagai pengajur..
"Kenapa takde Orang pun?
"awak nih kursus ape?"
"saya ni datang kursus ********************* "(nama kursus pun lupa..)

"awak tak dapat e-mail?"tanya Pegawai tersebut..
"rasanya segala kursus untuk Caw.Arkitek dibatalkan..termasuk kursus ni"

"sekejap saya tunjukkan e-mail dia"

So  segalanya terjawab dan aku pun memblahkan diri untuk balik dan sambung tido kat rumah..

Hari ni aku terpaksa datang kerja dan memikirkan apa yang aku patut jawab pada orang yang akan mintak sijil or pengesahan hari kursus aku...Tragedi Oktober bukan tapi dah jadi Tragedi suku akhir tahun 2010...
Entry yang lepas pun nampak sangat yang aku ni tengah EMO membawa maksud lain...

"AKU BERADA DALAM ZON TEKANAN"

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons