Friday, October 8, 2010

Remote Control ML-L3

Selasa lepas aku mencari-cari remote control untuk Nikon D90 aku,jenuh aku tawaf Times Square tu...
Dah puas kat Times Square aku pusing Low Yatt plak..aku sebenarnya nak mencari yg 3rd party jer sebab aku cuma nak try guna takut tak menjadi apa yang aku nak...

Apa tujuan aku beli remote nih?penting ker?

Sebenarnya aku berhajat nak buat Star trail dengan setting BULB..Dengan setting BULB kita dapat exposure yg lebih lama..lebih dari 30" default untuk kamera.Kalau takde remote,boleh gak nak amik lebih daripada 30" cuma kena tekan shutter lama sampai lenguh tangan...For sure kalau tekan button shutter tu kita akan bergerak dan mungkin akan mempengaruhi gambar yg bakal terhasil.

Puas aku tanya kedai..boleh ke buat long exposure guna remote control ni? jawapan yg aku terima TAK BOLEH!
Sedangkan kawan aku cakap boleh...tu pasal aku nak cari yang 3rd party jer..Sudahnya aku dah malas nak beli..dah la harga kat lowyat tu berbeza-beza..akhirnya aku fikir baik aku gi centre Nikon kat Times Square tu, tanya kat situ senang..

Aku mulanya nak beli jer kat situ..tapi jawapan yang aku terima...

 "Sini tak jual barang..hanya display dan testing sahaja"
"you nak service pun boleh kat sini"

So aku rasa macam tak perlu beli dah..tapi aku tanya gak.boleh ke guna setting bulb dengan remote control? BOLEH kita sudah testing dekat sini..

yahoo..lepas cakap terima kasih aku pun memblahkan diri nak cari kedai beli remote control Nikon ML-L3

Aku nak bagi tips sikit pada yang nak beli Remote nih..Harga official kat Nikon Centre RM58.00..so samaada korang dapat harga tu atau kurang daripada tu..kalau tinggi daripada tu, lupakanlah..
sebabnya rata-rata kedai di Low Yatt menawarkan harga RM58-60 dan RM79.90 pun ade!
Aku beli remote ni pun dia tulis kat kotak RM118.00!!!! bila tanya dia nak jual RM80 kat aku..aku nih dah la cepat jer panas so aku cakap kat NIkon Centre baru RM58..terus dia bagi aku harga Nikon Centre!

3rd party remote control takde jual kot kat Low Yatt.aku pernah jumpa kat PUDU Plaza..RM50..so fiirkanlah..mana yang patut korang beli..kalau Online aku pernah tengok RM29.90 tapi kalau nak dapat harga tu kena belian atas RM50 supaya dapat free shipping...kalau nak beli tu jer kena tambah Rm10 kos shipping.
Maknanya :- RM29.90 plus RM10.00= RM39.90!

Kesimpulannya dari citer panjang aku

1-Remote control ML-L3 BOLEH guna untuk main long exposure dalam setting M,BULB.
2-Harga Remote Control kat NIkon Centre baru RM58-JANGAN beli lebih dari harga tu!
3-Alang-alang nak beli amik jela yang ORI baru RM58-tak mahal sangat dari yang 3rd party.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons