Thursday, August 26, 2010

Ramadhan dan Makanan

Wah banyak beli hari ni?
Eh boleh habiskan ker?

Situasi yang selalu kita lihat dikala bulan Ramadhan bila mana ramai umat Islam berkunjung ke Bazaar Ramadhan yang menjual pelbagai jenis juadah,kuih muih dan sebagainya. Sedikit sebanyak membuatkan aku terfikir: "adakah di negara kita masih ada orang yang mati kebuluran?"

Ditelevisyen-televisyen disertakan sekali dengan program-program yang menjelajah ke serata negeri untuk mencari Bazaar-bazaar Ramadhan yang semestinya menjadi tumpuan sepanjang Bulan ini.Lauk itu sedap lauk ini sedap,kuih tu best kuih tu tak best..adakah penghayatan Ramadhan hanya tertumpu kepada makanan-makanan yang dijual? ramai berpendapat

"akak tak sempat nak masak la dik"
"nak merasalah,bulan lain susah nak dapat"
"kami orang bujang bese la kalau makanan bungkus"

Itu antara ayat-ayat yang biasa juga kedengaran..Tak kisah la apa yang diorang nak cakap tapi sambil membeli tu jangan lupa pada orang-orang yang susah,yang makannya tidak menentu,fikirkan juga kesusahan umat islam di Palestin.

Bukankah seharusnya Ramadhan mendidik kita dalam mengenang kesusahan orang lain?

 Ada 10 golongan orang yang berpuasa
(artikel ni aku salin dari sini)

1) golongan berpuasa dengan sempurna.
- menjaga makan minum, amal ibadat wajib, memperbanyakkan amalan sunat dan berusaha mencari malam seribu nikmat.
2) golongan berpuasa kerana upah
- menjaga makan minum depan mak bapak kerana dijanjikan rm5 sehari.
3) golongan berpuasa makan minum sahaja
- mengutuk golongan-golongan lain secara berdepan, membelakangi ataupun via-fesbuk
4) golongan berbuka ketika azan Zuhur
- lapar yang dibuat-buat akibat godaan makanan, minuman dan sekotak rokok.
5) golongan tidur sepanjang siang
- mengambil inisiatif paling kreatif, inovatif dan drastik bagi menangani puasa
6) golongan update status fesbuk beritahu dia puasa dan apa dia berbuka
7) golongan gastrik
- antara kebenaran dan kepalsuan
8) golongan mencipta bahan api secara DIY
- mencipta kemeriahan suasana sebenar hari raya yang bakal menjelma
9) golongan menghabiskan banyak wang sejam sebelum berbuka
- terlampau tekun berpuasa sehinggakan kelaparan dan kehausan level king
10) golongan uzur
- antara kebenaran, kepalsuan dan kelebihan
 
____________________________________________________________________________
so renung-renungkan,apa yang termampu,kita cuba buat..dan cuba sampaikan pada yang lain..

Reactions:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons