Wednesday, August 11, 2010

Kini Aku dan Dia Mengikat Janji

Alhamdullilah..syukur pada Ilahi kerana telah memberi kesempatan untuk aku melalui hari bahagia ini.
Walaupun pada mulanya aku terkelam kabut nak exam JPA untuk pengesahan jawatan dan terkelam kelibut memikirkan satu hantaran pun tak tersiapkan lagi!

5 Ogos 2010
Exam Jpa di MAEPS Mardi Serdang.
Petangnya terus balik ke Perak sekitar jam 4.30pm

6 Ogos 2010
Rileks di Rumah sebetulnya patut ambil Makcik-makcik aku di Taiping,diorang cakap nak tolong sediakan hantaran tapi tak jadi datang awal sebab ada sorang makcik aku yang terpaksa kerja..
Bertambah risau aku sebab masa dah singkat...Malamnya keluar dengan Yan untuk mencari barang2,padahal aku tak tau apa pun nak buat dgn barang yang aku beli.

7 Ogos 2010
Pergi Taiping ambil Mak Uda dengan Makngah,Pak Ngah pun ikut sekali.Mak Teh tak dapat ikut sebab terpaksa kerja..Bila tengok apa yang Mak Uda sediakan untuk aku terharu rasanya..banyak betul..mak ngah Pun sama...Kalau tak kerana Mak Ngah aku agaknya takde bekas hantaran langsung.Sampai jer diorang kat rumah aku sekitar pukul 3,diorang terus buatkan hantaran..Mak aku pulak sibuk menyiapkan masakan untuk malam tu sebab ada 'usrah' dan sedikit jemputan untuk jiran berhampiran. lepas tengok satu2 hantaran aku siap,lega betul rasanya..Barula aku nak tersenyum sikit..ni baru bertunang dah kelam semacam,belum lagi kenduri kahwin...

8 Ogos 2010
masih ada kerja2 yg perlu disiapkan sebelum majlis peminangan dirumah perempuan sekitar jam 12.30-1.00tghari.Bila tengok Makcik2 aku buat kerja dengan rileks aku yakin segala persiapan akan jadi seperti yang dirancang..rupenya bila dah biase senang sangat dan tahu apa yang kena buat seterusnya.Aku plak dak macam push makcik aku,tanya tu bila nka buat,bila nak siap dan macam2 lagi heheheh
Pening kot diorang melayan aku...

aku berdoa agar segala perancangan akan berjalan lancar bermula untuk persiapan setahun akan datang hingga ke akhir hayat. Kata orang masa bertunang la banyak anasir2 jahat yg nak menduga, kena kuat hadapi apa pun untuk mencapai matlamat hidup bersama dan bahagia berdua.Alam perkahwinan juga bukan satu perkara yang mudah tapi biarlah sepanjang bertunang ni aku dan dia tak terkena ujian yg tak dapat ditanggung.

Tak lupa penghargaan kepada semua sanak saudara yang banyak menyumbang tenaga,wang ringgit dan segala macam bantuan bagi melancarkan majlis aku..aku nak rakamkan ucapan terima kasih aku yang paling tinggi kepada Yeop(sepupu aku) yang bagi aku guna kereta MYVI dia(pening kepala gak nak bagi aku)
Mak Uda dan Mak Ngah yang buatkan hantaran,siapkan segala2nya,Pakcik Syed yang jadi jurucakap pada hari tu,Wan kecik,Wan tua,Fendi dan isteri,Hafiz,Pak Long dang Pak Lang yang datang dari Taiping ke Bote naik motor jer.Mak Teh dan Makcik Yah yang siapkan Wajik.Aku takkan lupakan jasa baik diorang semua...TERIMA KASIH :)





































Reactions:

1 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons