Wednesday, July 28, 2010

Sunny 16 - Secara Ringkasnya


tutorial ini di copy+paste untuk tujuan nota saya sendiri sahaja...
jika ada yang berminat sila kreditkan kepada http://www.facebook.com/jurufoto





Sunny 16 adalah satu kaedah sukatan cahaya secara anggaran. Tetapi jika digunakan dengan betul boleh mendapat bacaan sukatan cahaya yang tepat tanpa mengunakan meter cahaya dalam kamera.

Cara untuk mendapatkan sesuatu bacaan ialah melalui
1. nilai ISO yang digunakan dan
2. nilai sesuatu keadaan cahaya




a. Setkan shutter speed dulu...

Nilai ISO akan digunakan sebagai ketetapan untuk nilai shutter speed. Nilai ini dipadankan dengan nilai shutter speed yang paling hampir. Misalnya

ISO 50 = 1/60s (paling hampir dengan nilai 50)
ISO 100 = 1/125s
ISO 200 = 1/250s
ISO 400 = 1/500s
ISO 800 = 1/1000s

Nilai shutter speed ini akan dipadankan dengan nilai aperture, untuk mendapatkan "bacaaan tepat". Nilai aperture akan dicari dengan membanding kan keaadaan cuaca/cahaya dengan cerapan yang berdasarkan keadaan-keadaan cuaca/cahaya yang sebelumnya.

Sila ke: http://www.facebook.com/note.php?note_id=190068457966&id=100000000588351&ref=nf


b. Setkan aperture pula...

1. Keadaan cahaya terang tanpa sebarang awan yang melindung. (bayang-bayang gelap/keras)
= aperture f/16

2. Keadaan cahaya terang tapi ade sedikit awan nipis di langit.. (bayang-bayang lembut ditepi)
= aperture f/11

3. Keadaan cahaya mendung (overcast) (hampir tiada bayang-bayang)
= aperture f/8

4. Keadaan cahaya yang lebih mendung (tiada bayang-bayang)
= aperture f/5.6

5. Keadaan cahaya tanpa awan di tempat yang banyak balikan cahaya.. seperti di tepi pantai yang banyak pasir atau keadaan bersalji
= aperture f/22

Ini bermakna, f/16 adalah pilihan aperture utama dan dengan sebab itu lah ia di gelar Sunny 16.




kredit: http://www.facebook.com/jurufoto

Terima kasih.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons